A. SOALANBOLEHKAH PEGAWAI KESELAMATAN MEMINTA DAN MENAHAN SEMENTARA KAD PENGENALAN ANDA”Ya Bos, mau kemana, jumpa siapa?”
“Boleh saya dapatkan IC/Lesen Bos”
Ini soalan dan situasi yang kerap sekali kita terima dari seorang Pengawal Keselamatan, baik yang warganegara dan yang bukan warganegara setiap kali kita hendak akses masuk ke kawasan rumah jenis high rise building seperti condominium dan pangsapuri dan gated property seperti kawasan perumahan banglo dan sebagainya.
Terkadang sehingga ada yang menahan kad pengenalan dan/atau lesen memandu dan hanya dipulangkan setelah urusan pemilik di premis selesai.Tapi, adakah tindakan meminta, mengambil dan/atau merekodkan maklumat peribadi dari Kad Pengenalan tersebut adalah sah disisi Undang-Undang?
B. KUASA UNTUK MEMINTA/MENYEMAK/MENAHAN DI BAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Punca kuasa bagi seseorang individua tau pihak yang dibenarkan untuk meminta dan menyemak bahkan menahan untuk tujuan siasatan Kad Pengenalan ada ada diperuntukkan di bawah Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990, di mana hanya 5 pihak sahaja yang dibenarkan bagi tujuan meminta dan menyemak kad pengenalan anda iaitu:-
a. Pegawai Pendaftaran;
b. Pegawai Polis;
c. Pegawai Kastam;
d. Pegawai Tentara; dan/atau
e. Pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran.
Oleh yang demikian, Pegawai Keselamatan yang mana tidak jatuh dibawah mana-mana 5 individu /pihak yang dibenarkan di dalam Peraturan 7 tersebut pada setiap masa tidak berhak untuk meminta dan menyemak kad pengenalan anda.Kedudukan ini juga telah diberi perhatian oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri apabila pada tahun 2007, pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2 Tahun 2007.
C. PEKELILING 2/2007 OLEH KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI BAGI PANDUAN KHUSUS ISU
Di dalam Pekeliling 2/2007 ini, pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah memberi panduan yang khusus berkaitan ini dengan menyatakan di dalam Perenggan 6 Pekeliling antara lain seperti berikut:-
“Sehubungan itu, Kementerian ini meminta semua syarikat kawalan keselamatan memberhentikan serta-merta amalan menyimpan dokumen sekuriti pelawat yang memasuki premis persendirian seperti kondominium dan komuniti berpagar seperti yang diamalkan. Syarikat kawalan keselamatan hanya boleh meminta dokumen identiti pelawat semata-mata bagi tujuan semakan dan rekod kemasukan ke premis dan kemudian mengembalikannya kepada pelawat selepas identiti mereka direkodkan.”
D. KESIMPULAN
Berdasarkan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kebangsaan dan panduan dari pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di dalam Pekeliling 2/2007 tersebut, bagi kepentingan keselamtan kedua-dua pihak pemilik dan Pegawai Keselamatan maka:-
a. Pegawai Keselamatan hanya boleh meminta kad pengenalan anda untuk tujuan semakan dan rekod semata-mata;
b. Pegawai Keselamatan adalah dilarang untuk menangkap gambar atau membuat Salinan kad pengenalan anda;
c. Pegawai Keselamatan tidak mempunyai hak untuk menahan sementara kad pengenalan anda; dan
d. Pegawai Keselamatan hendaklah dengan segera memulangkan kad pengenalan tersebut kepada pihak pemilik.
*Teringat pula pengalaman Penulis berhadapan dengan suatu kes dimana Kad Pengenalan beliau telah dibuat salinan dan digunakan secara salah oleh pihak ketiga dan kemudiaannya digunakan untuk tujuan permohonan pinjaman dari pihak Bank. Wang pinjaman sampai ke pihak ketiga, tetapi liabiliti pembayaran di bahu anakguam. Nampak janggal tetapi begitu pentingnya memastikan dokumen identiti kita untuk dijaga dari bocor dan disalahguna.
pegawai keselamatan minta lesen memandu dn angkat gambar untuk simpan dalam hp dia, yang itu bolehkah?
Pegawai security warga asing minta lesen kereta,,,ic tak boleh hanya lesen yg hidup je boleh,,saya rasa ini salah guna kuasa,kerja polis ,,,pihak securty ambil,,,apa jawapan tepat ,,,security ada kuasa ini ke di malaysia