Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
KESAN SCAM PERNIKAHAN POLIGAMI/MONOGAMI - Jom Tanya Peguam
Skip to content

KESAN SCAM PERNIKAHAN POLIGAMI/MONOGAMI

Baru-baru ini tular di media bahawa terdapat scam poligami. Ramai isteri-isteri di luar sana rasa tertipu dan terkilan dengan suami-suami yang terlibat dengan scam poligami ini.

TAHUKAH ANDA?

Scam pernikahan ini juga melibatkan pasangan yang bernikah buat kali pertama (monogami) bagi mengelak prosedur dan standard pernikahan yang ditetapkan.

MANGSA SCAM PERNIKAHAN

Pasangan yang bernikah melalui scam ini lah sebenarnya yang menjadi mangsa. Selain itu, anak-anak hasil daripada pernikahan melalui scam ini juga adalah merupakan mangsa.

KESAN TERHADAP ANAK

1) PENDAFTARAN ANAK DI JPN

– Pasangan yang bernikah melalui kaedah scam ini selalunya mengahadapi masalah untuk mendaftarkan anaknya di JPN akibat keabsahan sijil nikah yang diragui. Akibatnya, pasangan tersebut harus membuat permohonan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah.

2) NASAB ANAK 

– Sekiranya setelah permohonan pengesahan nikah dibuat, dan mahkamah mendapati bahawa perkahwinan tersebut sah, maka anak boleh dinasabkan kepada bapa tersebut.

– Sekiranya mahkamah mendapati bahawa pernikahan tersebut tidak sah, pasangan tersebut haruslah bernikah semula mengikut cara yang sah dan anak-anak hasil pernikahannya sebelum ini adalah merupakan anak-anak hasil daripada persetubuhan syubhah.

3) PERWALIAN

– Sekiranya pasangan mempunyai anak perempuan, ini akan memberi kesan terhadap status wali yang dipegang oleh pasangan lelaki tersebut. Selain itu, sekiranya pasangan tersebut tidak pernah membuat pengesahan nikah di mahkamah, ianya akan menyukarkan anak perempuan yang ingin berkahwin.

4) HARTA PUSAKA

– Sekiranya pasangan tersebut tidak pernah membuat pengesahan nikah di mahkamah dan salah seorang pasangan meninggal dunia, ianya akan menyukarkan waris-waris untuk menguruskan harta pusaka Si Mati.

– Adapun begitu, pasangan yang masih hidup boleh membuat pengesahan nikah di mahkamah walaupun setelah pasangannya mati.

– Sekiranya mahkamah mendapati pernikahan mereka sah, maka waris-waris hasil perkahwinannya sebelum ini berhak terhadap harta pusaka Si Mati.

– Sekiranya mahkamah mendapati pernikahan mereka tak sah, maka waris-waris hasil perkahwinan sebelum ini tidak berhak terhadap harta pusaka tersebut.

KESAN TERHADAP PASANGAN

5) STATUS PERNIKAHAN

– Status pernikahan yang tidak jelas menyukarkan pasangan dalam banyak hal.

– Selain itu, pasangan yang ingin berpisah setelah perkahwinan melalui kaedah scam ini juga akan menghadapi kesukaran.

6) HARTA SEPENCARIAN 

– Sekiranya mahkamah mendapati pernikahan mereka sah, maka pasangan tersebut boleh menuntut harta sepencarian yang diperoleh sepanjang perkahwinan mereka.

– Sekiranya tidak, pasangan tidak boleh menuntut sebarang harta sepencarian.


7) HARTA PUSAKA 
– Rujuk perenggan 4 kesan terhadap anak.

Oleh:-

FATIHAH SALAHUDDIN,

Peguam Syarie

(Visited 276 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x