Skip to content

KIRAAN TEMPOH IDDAH BAGI WANITA YANG MEMPUNYAI HAID TIDAK MENENTU

Ilustrasi kes:

Salmah dan Takiri telah bercerai kali pertama dengan talak 1 di Mahkamah Rendah Syariah 2 hari yang lalu. Salmah berumur 35 tahun dan mempunyai aturan haid yang tidak menentu. Salmah keliru tentang kiraan tempoh Iddahnya memandangkan ianya memberi kesan terhadap Nafkah Iddah yang perlu dibayar oleh Takiri.

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM, terdapat 2 situasi yang menjadi kiraan tempoh Iddah:

1. Sekiranya haid tak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya, hendaklah dia menjalani Iddah selama tiga kali suci.

2. Sekiranya haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah hendaklah dia menjalani Iddah selama 3 bulan.

Hak terhadap Nafkah Iddah oleh Salmah

  • Salmah berhak terhadap Nafkah tempat tinggal, pakaian, makan dan minum sepanjang tempoh Iddahnya berdasarkan kiraan Iddah di atas.

Oleh:

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin

(Visited 1,418 times, 1 visits today)
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x