Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
KISAH PENJUAL HARTANAH YANG KENA BAYAR HARGA JUALAN UNTUK JUAL HARTANAH - Jom Tanya Peguam
Skip to content

KISAH PENJUAL HARTANAH YANG KENA BAYAR HARGA JUALAN UNTUK JUAL HARTANAH

Ismet Ulam Raja nak jual hartanah beliau iaitu sebuah rumah kepada Sadiq Sigaraga. Sebab dia terdesak untuk lepaskan rumah tu, Ismet Ulam Raja sanggup jual kepada Sadiq Sigaraga dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM 400,000 sahaja.

Rumah tersebut masih ada pinjaman dengan Bank Akhlaken.

Seperti biasa, penjualan rumah yang masih ada pinjaman, bayaran yang dibuat oleh pembeli akan langsaikan baki hutang penjual terlebih dahulu, kalau ada lebih, baru diserahkan kepada penjual.

Namun, lain pula nasib yang menimpa Ismet Ulam Raja, apabila bayaran dari Sadiq Sigaraga sudah dilepaskan untuk melangsaikan baki pinjaman bank rumah tu, tiba-tiba Ismet Ulam Raja kena tambah lagi RM 50,000 untuk jual rumah tu kepada Sadiq Sigaraga.

Eh?

Kenapa jadi macam tu? Bukan ke Ismet Ulam Raja yang jual? Kena dia pulak yang kena tambah duit?

Baik, begini.

Perkara macam ni boleh berlaku atas kombinasi situasi-situasi berikut:

1. Hartanah masih ada baki pinjaman bank

2. Penjual jual hartanah dengan harga yang murah

3. Harga jualan lebih rendah dari baki hutang pinjaman

Point nombor 3 tu paling penting.

Kesilapan Ismet Ulam Raja di sini adalah apabila dia jual rumah tu kepada Sadiq Sigaraga dengan harga RM 400,000, dia tak semak dulu baki pinjaman dia dengan Bank Akhlaken.

Rupa-rupanya, bila disemak, baki pinjaman Ismet Ulam Raja dengan Bank Akhlaken masih ada sebanyak RM 450,000.

Bila pinjaman Sadiq Sigaraga sebanyak RM 400,000 iaitu harga belian rumah tu dilepaskan untuk langsaikan baki pinjaman rumah tu, Ismet Ulam Raja masih ada baki pinjaman sebanyak RM 50,000 lagi.

Jadi, Ismet Ulam Raja sendiri yang kena keluarkan RM 50,000 untuk bayar balik baki pinjaman dia, baru boleh jual rumah tu.

Kalau Ismet Ulam Raja tak selesaikan, jual beli tu takkan boleh diselesaikan sebab rumah tersebut masih ada baki pinjaman atas nama dia.

Ismet Ulam Raja tak boleh letak tanggungjawab untuk selesaikan baki hutang yang masih ada kepada Sadiq Sigaraga sebab harga jualan rumah sudah ditetapkan RM 400,000 sahaja.

APA YANG SEPATUTNYA PENJUAL PERLU BUAT SEBELUM JUAL HARTANAH?

Solusinya, sebagai langkah berjaga-jaga, mana-mana individu yang ingin menjual hartanah, sebaiknya semak dahulu baki pinjaman bank untuk hartanah tersebut.

Ini bagi hartanah yang masih ada pinjamanlah.

Sebagai contoh, jika selepas disemak baki pinjaman masih ada sebanyak RM 350,000, maka letaklah harga jualan rumah yang melebihi jumlah tersebut. Tak kisah lah RM 380,000 ke, RM 400,000 ke. Asalkan lebih dari jumlah baki pinjaman.

Nak letak ngam-ngam sama dengan baki pinjaman pun berisiko juga. Sebab nanti penjual tetap kena bayar sedikit yuran guaman (jika guna peguam sama dengan pembeli).

Kalau ada lebihan, sekurang-kurangnya tak perlu keluarkan duit dari poket sendiri untuk bayar yuran guaman. Dan boleh juga dapat untung dari jualan hartanah tersebut.

CARA UNTUK SEMAK BAKI PINJAMAN

Mudah sahaja.

Hanya perlu hubungi bank pinjaman anda dan bagi butiran lengkap kepada pegawai bank.

Nanti bank akan berikan jumlah baki pinjaman.

Jangan tersilap langkah. Sayangilah duit anda.

Semoga bermanfaat.

(Visited 222 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x