Skip to content

PERBEZAAN ANTARA JTK DAN JPP

Mungkin ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara JTK dan JPP apabila berdepan dengan isu pembuangan kerja. Oleh itu, kami harap penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu orang awam dalam menentukan aduan ke pihak mana yang sesuai dengan kes masing-masing.

JTK DAN JPP NI APA?

JTK merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja. JTK ditubuhkan di bawah Akta Kerja 1955.

JPP pula adalah singkatan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1971.

SIAPA YANG BOLEH BUAT ADUAN KE JTK DAN SIAPA PULA YANG PERLU BUAT ADUAN KE JPP?

Kita terus kepada soalan utama.

Aduan ke JTK hanya boleh dibuat oleh pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 SAHAJA dan pekerja manual. Tapi ada pengecualian diberikan kepada pekerja bergaji RM 2000 hingga RM 5000 di bawah Seksyen 69B Akta Kerja tapi hanya untuk tuntutan berkaitan tunggakan gaji sahaja.

Untuk JPP pula, sekiranya anda merupakan pekerja yang telah dibuang kerja maka anda boleh membuat aduan ke JPP. TIADA SEBARANG HAD MINIMA ATAUPUN MAKSIMUM GAJI untuk buat aduan ke JPP.

ADAKAH TUNTUTAN YANG DIBUAT DI JTK ADALAH SAMA DENGAN TUNTUTAN DIBUAT DI JPP?

Tidak sama.

Di JTK, keadaan-keadaan yang memungkinkan anda untuk perlu buat aduan contohnya seperti berikut:

a) Gaji atau elaun tidak dibayar;

b) gaji atau elaun dipotong tanpa sebarang sebab;

c) Ditamatkan perkhidmatan tetapi tidak diberikan sebarang faedah penamatan perkhidmatan ataupun bayaran terlalu sikit.

JPP PULA BAGAIMANA?

Aduan ke JPP boleh dibuat sekiranya pekerja merasakan beliau dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah ataupun secara salah.

Apa contoh pembuangan kerja tidak adil?

  • Dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah
  • Pekerja probation yang dibuat kerja atas alasan prestasi yang tidak bagus
  • Penamatan kontrak awal bagi pekerja berstatus kontrak
  • Pembuangan atas alasan tindakan disiplin yang tidak mengikut prosedur
  • Force resignation

Representasi ataupun aduan ke JPP adalah untuk pemulihan kerja. Jika majikan tidak bersetuju untuk ambil pekerja kembali, kes akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Jika pekerja berjaya membuktikan bahawa pembuangan kerja dilakukan secara salah, pampasan gantirugi maksimum sehingga 24 bulan gaji (12 bulan untuk pekerja probation) akan diberikan oleh mahkamah serta pampasan sebagai ganti pemulihan kerja.

Secara ringkasnya seperti berikut:-

JTK – untuk gaji RM 2,000 ke bawah sahaja dan pekerja manual.

JPP – Tiada had minimum atau maksimum gaji.

Untuk yang bergaji bawah RM 2,000, sekiranya anda sudah buat aduan ke JPP untuk kes pembuangan kerja secara salah, maka anda tidak boleh lagi buat aduan ke JTK. Perlu pilih salah satu sahaja.

GANTIRUGI YANG BOLEH DITUNTUT

JTK – jumlah gantirugi (untuk kes tidak diberikan faedah penamatan) akan dirujuk kepada Akta Kerja 1955.

JPP – akan diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan berdasarkan Jadual 2 Akta Perhubungan Perusahaan.

Oleh itu, diharapkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah pembuangan kerja lebih jelas tentang langkah-langkah yang perlu diambil.

Sekiranya anda telah diberikan surat penamatan perkhidmatan, dimaklumkan oleh majikan secara lisan, tidak dibayar gaji ataupun diberikan surat amaran, sebaiknya terus dapatkan nasihat sama ada dari peguam ataupun mana-mana Kesatuan Kerja DENGAN SEGERA supaya anda tahu apa yang patut dibuat.

Ini penting kerana proses menuntut hak sebagai pekerja melibatkan tempoh masa yang terhad. Lambat bertindak, anda akan kehilangan peluang untuk menuntut hak anda.

Pilihan di tangan anda.

Semoga bermanfaat.

(Visited 4,139 times, 4 visits today)
4.3 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
89 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd nordin bin awang @ mohd shari
Mohd nordin bin awang @ mohd shari
2 years ago

Assalamuakaikum… saya ada kes berkaitan dgn tuntutan terhadap majikan saya memecat jawatan sy pada tarikh 17.11.2020 secara lisan tidak mengeluarkn notis amaran atau notis pemecatan dan majikan juga mencabar saya utk mengambil tidakkan terhadapnya kejabatan buruh Jtk akta kerja 1955… ke2 saya ingin membuat tuntutan terhadap JTK sendiri kerana cuba melambat lambatkan tuntutan saya atau tidak mempedulikan tuntutan saya terhadap majikan saya secara serius… apakah tidakkan yg wajar perlukan saya lakukan.. mohon nasihat… menjadik kesan kepada sumber pendapatan saya sekali gus tergegas emosi saya akhibat kejadian ini kehidupan saya sekeluarga terkesan… untuk tuntutan ini juga brkaitan kepada perkeso untuk saya memohon pelindungan insuran pekerja tidak layak kerana tidak memenuhi syarat2 kelayakan yang di perlukan oleh perkeso…

Noraini Mohammad
Noraini Mohammad
2 years ago

Assalamualaikum..mohon pandangan tuan mengenai perkara dibawah:
1) staff diberhentikan (retrenchment) dengan alasan syarikat mengalami kerugian sedangkan syarikat tersebut merupakan anak syarikat dan bernaung di bawah syarikat yang besar. staff dimaklumkan 3 bulan awal sebelum tarikh perberhentian.
2) staff tidak ditawarkan langsung dengan VSS dan tiada pampasan yang diberikan sedangkan kebanyakkan staff telah bekerja hampir 10-20 tahun.
3) satu sesi perbincangan telah diadakan dengan pihak syarikat untuk menuntut pampasan tetapi ditolak.
4) terdapat staff yang masih mempunyai baki cuti tetapi pihak syarikat telah mengarahkan untuk bercuti awal dari tarikh perbehentian.
soalan saya, sekiranya kes ini di bawa ke JPP, adakah perlu untuk staff tersebut melantik peguam sendiri? apakah kebarangkalian untuk menang dalam menuntut hak pampasan tersebut?

Ruzi
Ruzi
2 years ago

Assalamualaikum tuan,
Saya bekerja sebagai pengajar di sekolah memandu mulai 1.4.2021. Tetapi dalam masa terdekat saya hendak berhenti kerja kerana saya perlu menjaga keluarga dikampung.
Masalah saya ialah, pada mula kerja saya hanya menandatangani kontrak kerja dalam tempoh matang 1 tahun dari mula kerja dan hanya ada klausa yang menyatakan saya perlu membayar ganti rugi 1bulan gaji jika berhenti sebelum kontrak tamat pada hujung tahun ini (9 Bulan).

Baru-baru ini saya telah menghantar notis berhenti kerja tetapi pihak majikan saya telah menyatakan, terdapat satu lagi kontrak lain (saya tidak pernah tahu atau tandatangan surat kontrak baru yang dimaksudkan itu).

Dalam kontrak baru itu, terdapat klausa tambahan iaitu tempoh matang (kontrak kerja) adalah 5 TAHUN dan jika saya gagal patuhinya, saya perlu membayar pihak syarikat sebanyak RM5000.00. Salinan kontrak itupun diberikan melalui whatsapp dan setahu saya, saya tidak pernah menerima atau diberitahu berkenaan perkara ini. Untuk makluman tuan, gaji saya adalah sebanyak RM2000.00.

1. Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk memastikan majikan saya tidak mengambil kesempatan ketika saya dalam kesempatan?

2. Berapa lamakah proses yang diambil oleh pihak JPP untuk menyelesaikan pertikaian ini?

3. Siapakah yang saya patut rujuk, adakah JTK atau JPP?

Umar
Umar
2 years ago

Assalamualaikum tuan, saya berhenti secara notis 4 hari walaupun dalam kontrak saya perlu beri notis sebulan. Gaji saya dari 25 mei hingga 14 jun tidak dibayar majikan. Pada jumaat lepas majikan hantar surat notis utk bayar senulan gaji. Gaji saya lebih daripada 5k, apa tindakan yang perlu saya ambil untuk dapatkan semula gaji tertunggak saya dan pada masa sama bayar notis sebulan tersebut. Mohon pencerahan.

syafa
syafa
2 years ago

assalamualaikum…

-Majikan telah menukarkan saya ke jabatan ( anak syarikat yang berlainan )
– Tempat kerja baru dan lama adalah di daerah yang sama (lembah klang) , cuma tempat kerja baru agak jauh daripada rumah
– Gaji adalah tidak berubah

Soalan : adakah saya ada hak untuk mendapat benefit claim tol+minyak pergi pejabat dan balik kerja untuk sepanjang tempoh bertugas?

Azie
Azie
2 years ago

Salam tuan, semasa saya dlm akhir cuti bersalin saya telah dipecat oleh majikan serta merta dgn alasan saya tidak perform last year…sedangkan saya tidak dpt apa2 warning letter sebelum ni…adakah saya perlu pergi ke jtk atau jpp

NOR ATIKAH BINTI AB HALIM
NOR ATIKAH BINTI AB HALIM
2 years ago

Assalamualaikum tuan… Sy merupakan pekerja yg gaji melebihi rm2000, majikan sy selalu sehaja membayar gaji lewat melebihi 7hb dan sehingga sekarang, gaji bulan 7 masih belum dibayar… Apakah tindakan yg boleh sy ambil? Adakah boleh sy laporkan ke JTK sedangkan gaji sy melebihi rm2000?

datin zanariah
datin zanariah
2 years ago

Salam tuan, kalau kes pemecatan dah selesai buat JTK.. dan segala pampasan telah di bayar di JTK.. boleh ke pekerja buat report lagi di Mahkamah Perusahaan atas kes pemecatan

Diana
Diana
2 years ago

Assalam Tuan. Saya merupakan bekas HR di salah sebuah kolej swasta di Subang Jaya. Saya telah dibuang kerja 24 jam oleh bekas majikan tanpa notis pada 23/8/2021 yang lepas dengan alasan untuk mengurangkan kos syarikat dan menggunakan khidmat HR luar. Untuk makluman Tuan, hanya saya seorang dibuang kerja dan gaji kami telah dipotong sebanyak 40% selama 4 bulan. Dan juga bekas majikan tidak pernah mencarum kwsp, socso, lhdn pekerja sepanjang saya berkhidmat disitu walaupon melakukan pemotongan gaji. Saya telah membuat laporan polis sebagai tindakan awal untuk membuat laporan kepada JTK dan KWSP.

Namun, hari ini apabila saya menuntut gaji akhir dan pampasan, bekas majikan telah mengeluarkan surat mengatakan saya tidak akan dibayar gaji Ogos dan pampasan satu bulan kerana melakukan kesalahan dalam pengiraan gaji pekerja dimana ia telah dibincangkan pada Februari 2021 yang lepas dan tiada tindakan yang dibuat oleh majikan (walaupon telah digesa namun dilengahkan oleh mereka atas alasan PKP) sehingga hari ini diberitahu seperti berikut. Untuk makluman Tuan, kesilapan itu dilakukan dengan 3 kali lapisan (HR, verified by registrar and approved by finance) tetapi tiada tindakan yang diberikan kepada pekerja yang lain.

Bagi saya, ia tidak selaras dengan alasan surat pemberhentian kerja saya. Bekas majikan saya seperti mencari alasan untuk tidak membayar gaji dan pampasan saya. Apakah tindakan yang boleh saya ambil? Apakah hak saya itu masih ada untuk menuntut pampasan (berapa % kemungkinan yang boleh diberi) ? Boleh ke alasan pemberhentian kerja pekerja berbeza di dalam dua surat yang dikeluarkan oleh syarikat? Terima kasih atas masa dan tenaga untuk membaca dan respon soalan saya. Wassalam.

Nes
Nes
2 years ago

Salam tuan,saya merupakan pekerja pembersihan.saya nak tanya tentang ot (awal muharam).Majikan saya tidak bayar ot saya,bila saya tanya kenaap ot saya tidak dibayar.Majikan saya kata,itu bukan dikira publik holiday dan ada sesetengah syrikat tidak ambil kira itu sebagai publik holiday termasuk syrikat kami dia kata.Jadi apakah tindakan yang perlu saya ambil tuan.

Siti Nor
2 years ago

Assalam Tuan, Saya ingin mengajukan pertanyaan. Gaji pekerja tersebut melebehi 2K. Domestic Inquiry telah dijalankan di atas pertuduhan kecuaian pekerja melibatkan kerugian besar terhadap syarikat dan kesalahan-kesalahan lain seperti insubordination. Keputusan DI adalah penurunan pangkat. Dia seorang Supervisor.
Soalan saya seperti berikut:
1)Adakah dibolehkan menurunkan pangkat dari supervisor kepada LEADER? atau hanya boleh diturunkan pangkat kepada Assistant supervisor?
2)Bolehkah gaji pekerja tersebut di potong?
3)Berapa peratus pemotongan gaji yg dibenarkan?

Sekian, terima kasih.

Azima
2 years ago

Assalamualaikum tuan…
Nk tanya kalau saya tidak bayar saman ganti notis gaji…
apa tindakan majikan ke atas selepas itu?

Athirah
Athirah
2 years ago

Assalamualaikum tuan. Terima kasih di atas ilmu yang dikongsi. Saya ingin mengajukan soalan. Seorang pekerja bertaraf kontrak telah menghadapi kemalangan pada bulan april dalam perjalanan pulang dari kerja dan mengalami kecederaan pada kaki. Disebabkan itu, beliau tidak dapat pergi ke kerja dan diberikan mc oleh pihak hospital sehingga 20 September . Namun disebabkan mc yang diberikan company hanya 60 hari, beliau sekarang wfh untuk mendapatkan gaji. Namun, pada bulan September ini, beliau menerima email bahawa gaji beliau hanya akan dibayar separuh gara-gara wfh.

Soalan saya, 1. adakah potongan gaji beliau itu dibolehkan dari segi undang2? 2. Adakah apa apa tindakan boleh diambil oleh pekerja terbabit? 3. Adakah akta kerja di atas boleh digunapakai kepada pekerja bertaraf kontrak?

Azima
2 years ago

Assalamualaikum tuan..
Nak tanya kalau saya tak dapat bayar saman ganti notis…

Apakah tindakan majikan dan mahkamah ke atas saya?

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN MOHD RAFII
MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN MOHD RAFII
2 years ago

Salam tuan. Saya diberhentikan kerja retrenchment pada 30/6/2021 dengan alasan ekonomi syarikat terjejas akibat covid 19. Saya bekerja dalam sektor pembinaan dan gaji kasar rm2200. Pihak majikan memaklumkan pada saya melalui panggilan telifon untuk memberhentikan saya pada 23/6/2021 dan keluarkan surat pada 24/6/2021. Dalam surat tersebut dia letak tarikh 1/6/2021 dan tarikh saya sign adalah 25/6/2021. Bayaran pampasan hanya setengah bulan gaji. Saya telah berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan. Adakah boleh untuk saya buat tuntutan dan dimanakah untuk saya berurusan jtk atau jpp.

Hisym
Hisym
1 year ago

ASLKUM BANG SY INGIN MINTA PENDAPAT ABG BERKAITAN MASALAH YANG SY ALAMI DARI MULA KERJA SAMPAI SEKRG.SY MULA BERKERJA DI ATU SYARIKAT PENGANKUTAN LAUT KUALA KEDAH KE LANGKAWI WANTAS SHIPPING BULAN 3TAHUN LEPAS SMPAI SEKRG.BARU2 INI SY KENA KUARENTIN WAJIB PCR 14HARI UNTK SIGN OFF TUG BOT DAN DI KUARENTIN DI KEDIAMAN SENDIRI BERDEKATAN TEMPAT KERJA.MAJIKAN MNALIFON DN MEMAKSA SY UNTK KUARENTIN DI ATAS TUG BOAT SAYA SEHINGGA CUKUP TEMPOH 14HRI DN MENGUGUT UNTK TIDK BYAR GAJI DN MENGHINA DN BERKATA BANGSA MELAYU BANGSA MELAYU SULA BERLAKON SJAK DRI PERGADUHN TU DIA KERAP MEMAKSA MEBGUGUT SY HINGGA SY AMBIL KEPUTUSAN NK TERJUN LAUT ABG SEBB SY ORG SUSAH SY ANAK TUNGGAL MMPUNYAI ANAK 5 ORG MNJAGA MAK DN JUGA ISTRI…MJIKAN SLALU CUBA UNTK KENA DN MEMAKSA SY SEOLAH2 INGIN BUAT DY BRENTI..BARU2 INI KUALA KEDAH LOCK DOWN PKPD DIA MEMAKSA SY UNTK GANTI SEORG CREW YG XDPT DTANG TNPA BAYARAN SEDANGKN CREW2 LAIN SEMUA DPT BYARAN JIKA GNTI CREW YG XDTG UNTK BELAYR SEDGKN SY DRI MULA KRJA XPNAH TRIMA BYARAN WANG GANTI…WKTU OFFICE CALL SY UNTK GANTI,SY TIADA DIRUMH BWA ANAK KLINIK ISAP GAS.JDI ISTERI CKAP YG SY XDAK DIRMAH,BILA SY SDAH BALIK RUMH SY CALL SMULA DN CKAP SY XDPAT GANTI CREW YG TIDK DTG ITU SY BRITAHU 9JAM AWAL SBELOM BRLAYAR.BOS UGUT UNTK BERI SY SURAT AMARAN KERANA TIDAK IKOT SDANGKAN SY HNYA CREW GANTI SY BUAT ADUAN BURUH DN TIADA AP2 PON TNDKAN…YG TERBARU SKRG NI DIA NAK SEKAT GAJI SY DN PAKSA RAMAI CREW UNTK ISI BORG CUTI DGAN TARIKH DIA SNDIRI TETPKN TARIKH YG DBERI TARIKH WWKTU KAMI KENA PKPD DN GAJI SY 15HRIBULAN TIDAK MASUK DN AD YG MSUK HNYA 50..DIA MEMAKSA DN UGUT UNTUK SY ISI BORG CUTI DN SIGN AMARAN SALAGI SY TIDAK BUAT SPERTI DISURUH GAJI TAK AKAN MASUK RMAI YG PENAH BUAT LAPORAN BURUH A.SETAR TP BURUH DTANG DN MMBERI TKLIMAT KEPADA CREW SDGANKAN BOS YG SALAH ADALAH BRUH RASUAH ATAU??ABG SY BUNTU SGAT2 BNYK MSALAH MCM2 DIA BUAT KT SY…ABG BOLEH CALL SY tak ATAU WHATSPPN SBB BNYAK LG MASALAH SY NK TNYA 01112507160 SYAM SY TUNGGU

rosmerri bt md zin
rosmerri bt md zin
1 year ago

Sekiranya surat amaran pertama di keluarkan, penerima enggan menurunkan tandatangan, apakah sudah dikira menerima surat amaran tersebut.

David
David
1 year ago

Salam Tuan nak tanya kalau yang berkerja dengan kompeni luar negara atau pun oil and gas kompeni,sekiranya kontrak selama 6 bulan sebelum habis kontrak kita dibuang kerja tanpa notis dan pampasan,boleh ke kita buat report ke JPP?atau pun JPP hanya untuk perkerja yang berkerja di dalam negara sahaja?

Ejue
Ejue
1 year ago

Assalamualaikum… Saya diberhentikan kerja kerana didalam bilik tempat kerja saya tidak pakai mask semasa covid dan partner tidak pakai mask… Saya digantung kerja selama beberapa hari dan terus dibuang.. dimana patut dilapor dan apa perlu dituntut

Nazmi
Nazmi
1 year ago

Assalamualaikum Encik. Rakan sekerja saya telah ditamatkan perkhidmatan selepas hampir kerja lebih kurang 6 Tahun. Dia dimaklumkan pada pertengahan September 2021, dan diberhentikan pada hujung bulan dengan 2 bulan gaji. Syarikat saya bekerja di bawah dua syarikat A(Main), B(Support) dan pengurusan yang sama. Pada tahun 2020, pihak pengurusan telah menyuruh pekerja tandatangan surat berhenti dari A ke B, dan sebaliknya dari B ke A dan memberikan offer letter yang baru dengan Alasan mereka ingin renew JKKP licence. Justeru itu, berhak ke kawan saya yang diberhentikan itu untuk meminta jumlah pampasan sepanjang 6 tahun bekerja ?.
Soalan 2 : Dia diberhentikan di atas alasan poor attitude dan incompetence tanpa sebarang notis amaran atau justifikasi dari pihak pengurusan. Boleh ke untuk cabar penamatan kerja ini di JPP ? Berapa amaun yg layak dituntut ?

Nurul
Nurul
1 year ago

Salam Encik Nasruddin, saya telah menghantar emel kepada jomtanyapeguam@gmail.com mengenai kes pemecatan saya tanpa sebab semasa saya hamil. Boleh dapatkan no tel Encik?

Nur faa
Nur faa
1 year ago

Assalammualaikum kalau saya basic rm2k dan pihak company mengatakan gaji saya gaji mati tanpa ada pembayaran OT kerana mereka kata gaji basic dh tinggi adakah ia wajar?

Nana
Nana
1 year ago

Boleh saya tahu jika majikan mengeluarkan notis tidak membenarkan semua pekerja merentas negeri dgn apa2 alasan sekali pun kecuali kes sakit tenat, kematian, acara perkahwinan melibatkan immediate family sahaja, pasangan pjj, ibubapa (anak below 18) pkj & travel bubble sedangkan sekarang sudah tiada lagi sekatan merentas negeri di negara kita. Boleh ke kita sebagai pekerja membuat aduan? Even nak balik kampung jumpa ibubapa pun tidak dibenarkan. Jika ingkar akan dikenakan disciplinary action.

Izham
Izham
1 year ago

Assalamualaikum tuan…nak bertanya sidikit…
Situasi seperti begini,pekerja bercuti dan tidak membalas mesej majikan,majikan tidak berpuas hati dan menghantar mesej berbunyi “Cuti means – x jawab watsapp ? issue ?? Sorry to say cuti pun company tetap bayar gaji. Bukan mintak 24 hours dgn handphone pun . Pls address the issue. No means I have address accordingly on your evaluation . Tq”
Adakah ini juga sebagai satu ugutan?

Mohamad jasni b Abdul jalel
Mohamad jasni b Abdul jalel
1 year ago

Assalamualaikum tuan… Saya bekerja di kedai runcit, baru2 ni saya dibuang kerja disebabkan pertukaran majikan, masalah nya saya dibuang tampa sebarang notis dan sebarang pampasan dari majikan tersebut, pada pandangan tuan patut ke saya buat tuntutan keatas pembuangan kerja saya ni.. Saya bekerja sebagai pemandu pasar selama lebih 5 tahun, sebelum ni gaji saya rm1500, sebelum diberhentikan gaji saya rm2 100. Minta pencerahan tuan..

Hamba Allah
Hamba Allah
1 year ago

Assalamualaikum Tuan, saya telah menandatangani surat penerimaan tawaran pekerjaan dari sebuah syarikat, di dalam surat tawaran pekerjaan tersebut telah menyatakan 1 klausa bahawa sekiranya saya menarik diri setelah menandatangani surat tawaran tersebut, saya boleh dikenakan tindakan denda dengan membayar 1 bulan gaji jawatan itu kepada syarikat tersebut. Adakah denda tersebut sah di dalam undang-undang? Dan sekiranya saya menarik diri serta melanggar klausa tersebut (tidak membayar denda yang ditetapkan), apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh syarikat tersebut terhadap saya? (Untuk makluman Tuan, saya masih berada di dalam tempoh notis berhenti kerja dari syarikat yang lama, masih menunggu untuk melaporkan diri ke syarikat yang baru ini)

Mr Bodyguard
Mr Bodyguard
1 year ago

Assalam Tuan,
Saya bekerja sebagai Bodyguard cum Driver bermula daei tarikh 23/11/2021 sehingga 05/12/2021. Bekerja selama 11 hari shj. Saya diberhentikan oleh bos saya melalui whatsup dgn dia mengatakan ‘tak perlu berkhidmat lagi dan jgn datang ke rumah’. Kemudian setelah 7/12/2021 masih tidak mahu bayar gaji saya serta OT dalam 30 jam. Saya telah rujuk kes pada JTK dan mereka mahu tolong saya. Pertanyaan saya boleh kan saya menuntut ganti rugi serta faedah diatas pemecatan saya dan ganti rugi/faedah diatas bos saya tidak mahu bayar gaji saya? Saya bekerja di bawah personal direct kepada bos sendiri.

MUHAMAD AHDA MARZUKI
MUHAMAD AHDA MARZUKI
1 year ago

Salam Tuan,
Mohon guide dari tuan,Company sy berkerja mempunyai banyak anak syarikat dan sy berkerja dibawah salah satu anak syarikat dia yg mmpunyai 4 departmenr..sy sebagai Team Leader atau Supervisor dalam department sy..dan company sy trkesan akibat covid-19 dan akan tutup pada hujung tahun ni 31/12/2021..
Dalam bulan 12 ni sy ada hadir 6 interview yg tidak mempunyai sebarang negotiation dari anak syarikat yg lain.. dan jawatan yg dibuka hanya sebagai officer/ operation biasa dan skop kerja 100% berlainan dari sekarang yg sy buat..Hr ada memberi tahu sy..kena force self resign dan akan dibayar 2 bulan gaji shaja..tetapi sebelum ni pada pertengahan tahun bulan 6-7 anak syarikat yg sy berkerja ini mempunyai kerugian jugak dan mmbuka pilihan kepada mana2 pekerja ini berhnti dan akan dibayar pampasan..tetapi sekarang anak syarikat yang sy bekerja ni tidak membuat pilihan tersebut.. sebaliknya dia memaksa sy terima salah satu kekesongan dari anak syarikat yg lain.. dan diturunkan pangkat dan position sy sebagai team leader/ Supervisor..atau di paksa sy berhenti sendiri..sy mohon nasihat dan langkah2 yg perlu sy amik.. sekiranya perlu memdapatkan khidmat Lawyer sy cari atau Tuan bole cadangkan pada sy
Nama :Muhamad Ahda
No fon: 0174458920
Email: muhamadahda@yahoo.com

Msr
Msr
1 year ago

Assalamualaikum tuan, saya diberi notis untuk ditamatkan perkhidmatan sebelum habis tempoh percubaan ( berbaki 3 bulan percubaan) dengan alasan saya tidak menepati kehendak persetujuan skop pekerjaan. Namun, saya tidak bersetuju dengan alasan tersebut dan ingin mengadukan perkara ini kepada pihak berkuasa, Bolehkan saya mengadukan perkara ini ? apakah faedah yang saya perolehi sekiranya saya didapati tidak bersalah ?

Azlan Md Yusoff
Azlan Md Yusoff
1 year ago

Apakhabar! Saya nak minta pendapat dulu berkenaan majikan yang telah membuat pemotongan gaji sebanyak 50% hingga 60% tanpa mendapat persetujuan pekerja. Saya sudah pun merujuk kepada Pejabat buruh dan Jabatan Tenaga Buruh berkenaan perkara ini , tetapi disebabkan gaji yang saya perolehi melebihi dari Rm3000 maka mereka hanya akan cover untuk yang kurang dari jumlah tersebut. Mereka cadangkan untuk saya membuat susulan pada syarikat guaman persendirian. Adakah relevan utk saya menuntut gaji yag dipotong selama lebih kurang 24 bulan itu dan boleh kah saya menuntut supaya syarikat membayar balik jumlah yang mereka telah potong? Bolehkah susulan dari kes semacam ini berpihak kepada saya untuk menang? ! Harap pihak tuan puan dapat memberikan nasihat dan pandangan yang sewajarnya berkenaan kes saya ini dan cara terbaik untuk bertindak. terima kasih

Bayu
Bayu
1 year ago

Company retrenched with the reason for financial difficulty without any compensation. A group of staffs have formed to report to JPP on this issue.
At the same time, the parent company has offered a job. May I know is there any conflict or I may not have the compensation if withdraw my file from JPP?
Looking to hear from you soon.
Thank you.

Kanaga a/p tanggamani
Kanaga a/p tanggamani
1 year ago

[9/04, 11:45 PTG] Yekshini: on 08/04/2022 at about 1600hrs while I was at Caltex Hou Wah company filling station 1743 jalan kulim 14000 bukit mertajam penang. I met with my employer a Chinese man named Goh Zhen Shen asking why not pay my kwsp money since I worked with him on 05/12/2021. then my employer continued to fire me without any notice. I came to the station to make a report for the reference of the relevant party so that I could make a claim for kwsp payment and my right was terminated without notice. so much for my report.
[9/04, 11:47 PTG] Yekshini: Hi, I work at Caltex, my boss lied, I didn’t pay kwsp and I worked for 4 months, no public holiday pay, didn’t confirm me as promised when I took a job, I didn’t want a payslip, when I asked him, he fired me for 24 hours

Mohd Robi bin sidek
Mohd Robi bin sidek
1 year ago

Assalamualaikum tuan saya nak tanya pasal saman saya kepada majikan saya untuk mendapatkan pampasan penamatan kerja. Nak kena pakai peguam ke. Sebab saya dah buat aduan di jtk dari bulan 12.2022 sampai sekarang baru majikan saya kol untuk menawarkan duit 4000 untuk tarik kes. Sedangkan saya berkerja di situ dekat 20tahun dah. Dah lah kwsp pun majikan saya tak mencarum. Apa patut saya buat.

Mohd ikmal
Mohd ikmal
1 year ago

Salam tuan saya kerja syarikat ultiliti terbesar negara dan dituduh engkar arahan majikan.saya cuma rasa macam seperti tak masuk akal atas tuduhan itu yg seolah bg pandangan saya tuduhan itu spt bercanggah dgn skop kerja atau job description..spt contoh -saya diarah supaya tidak membuat apa2 laporan kejanggalan keatas pengguna tetapi skop kerja dan job description bg tugas saya adalah membuat laporan kejanggalan keatas pengguna..saya keliru nak ikut yg mana 1 antara arahan atau JD..pilihan yg saya buat menyebabkan saya dikenakan 4 pertuduhan pecahan dpd 1 td..saya telah dibuang kje dan masa dlm DI pon sy rasa x adil sbb pendakwa kes tu lawyer dan pembela pakai union je..mungkin stkt spm je kot.saya x tau nk buat mcmana rasa mcm kne tindas pon ada.apa pendapat tuan patut sy fight balik ke atau mungkin ada cara lain ke mcm jumpa dukun santau ke…

Hamba Allah
Hamba Allah
1 year ago

Assalamualaikum Tuan. Syarikat saya bekerja sudah berubah kepada pengurusan baru di mana syarikat baru membeli share di syarikat saya bekerja. Masalahnya disini, apabila pegurusan baru tersebut mengambil alih pada akhir bulan April, mereka tidak mahu bertanggungjawab terhadap gaji pekerja. Mereka mengatakan yang pengurusan lama yang perlu selesaikan segala gaji pekerja. Jadi, kami sudah mempunyai dua bulan tunggakan gaji yang tidak diterima lagi iaitu bulan April dan Mei 2022 dari majikan. Apabila ditanya, pelbagai alasan mereka berikan. Untuk tunggakan KWSP juga , pihak pengurusan lama tidak mencarum dari Mac 2022.
Dan apabila kami bertanya kepada pengurusan baru, jawapan yang diberikan umpama menyuruh kami berhenti segera. Dan mereka terima sahaja sesiapa yang mahu berhenti. Tapi, masalahnya disini, apabila berhenti, tiada jaminan kami akan dapat gaji untuk April atau Mei 2022.

Soalan saya disini, patutkah saya membuat aduan di JTK atau JPP? Kalau ikutkan, gaji pokok saya bawah RM5000.

Muniandy Sivasundaram
Muniandy Sivasundaram
1 year ago

Selamat Sejatera saya jurutera sebuah syarikat Dan tender notis 24 jam, bekas majikan saya suruh selesaikan bayayaran notis seblm gaji saya Rm7550 tapi dalam offer letter saya tiada apa2 kandungan pasal notis berhenti kerja, bila saya minta HR mereka cekap ikut handbook! handbook itu saya Tak sign, acknowledge bolehkan bekas majikan saman saya? minta nasihat…..

Muhammad Zubair
Muhammad Zubair
1 year ago

Assalamualaikum Tuan. Saya sudah membuat tuntutan ke atas majikan saya berkaitan kes berhenti tampa sebab & notis di JTK pada 13/07/2022 baru ni. Akan tetapi, kes saya masih ditunda kerana pihak syarikat mohon tarikh tunda kepada pihak JTK kerana ingin lawan kes dengan menggunakan khidmat peguam pihak syarikat. Soalan saya adakah pihak JTK akan menyediakan peguam bela untuk saya sebagai pengadu/pekerja atau adakah saya perlu mencari peguam bela sendiri. Boleh ke kalau saya guna khidmat dari biro guaman kerajaan.? Sekian, terima kasih.

Mohd mazli bin kusnan
Mohd mazli bin kusnan
1 year ago

Assalamualaikum…dah 40 Hari sy tak Kerja,Tanya majikan status sy die senyap.sy pemandu lori,

Sakinah Abuhassan
Sakinah Abuhassan
1 year ago

Salam tuan, majikan sudah memberitahu secara lisan untuk terminate perkhimatan saya. Jika saya hantar surat pengesahan bekerja pada majikan dah dia membalas surat itu dgn mengatakan saya masih pekerja di syarikatnya. Jadi saya masih perlu datang ke office ke walaupun dia pernah terminate saya secara lisan?

Sarah
Sarah
11 months ago

Assalamualaikum..
Sy nak minta pendapat.smlm sy dpt surat 21.10.22 yg sy ditukarkan ke cawangan lain pada 1.11.22. sy rs amat tertekan dgn arahan tersebut kerana jarak yg jauh,keadaan sy yg masih menunggu masa bersalin,menguruskan anak yg bersekolah,kos yg ditanggung amat tinggi. Sy rs seperti dizalimi oleh majikan kerana sepanjang sy berkhidmat hampir 13 tahun tiada sebarang masalah yg sy buat. Mohon bantuan..sy amat2 tertekan kerana berasa seolah2 majikan mahu sy sendiri mengundur diri dr syarikat tersebut. Sy tak tahu apa perlu sy buat sekarang.sy mmg tak mampu menempuhinya.

Shangar
Shangar
10 months ago

Saya bekerja bermula dari 14/8/21 hingga ke 19/9/22
Majikan tidak bagi gaji minima saya sudah buat aduan di jtk .sebutan pertama majikan tidak setuju bayar mereka minta sebutan kedua apabila di sebutan kedua mereka bawa slip gaji photostate yg palsu adjust perkataan basic pay kepada attendance allowance walapun saya menunjukkan slip gaji original penguatkuasa jtk kata kalau mereka bukti ini slip gaji betul kes saya akan gagal. Saya bagitau peguatkuasa jtk kalau tak percaya tolong hantar investigate team bagi investigate payslip staff yg berkerja di majikan tetapi mereka tidak ambil berat terhadap kes ini dan mereka bagi tarikh bicara .kalau saya tak puas dgn penguatkusa yg ambil kes saya apa tindakan saya kena ambil lagipun ada surat tawaran ada dgn saya yg menulis basicpay rm1000 and commision piece of rate

Misa
Misa
8 months ago

Assalamualaikum. Saya bru Di brhentikan kerja pada 15/12/2022 tanpa ada notis dari majikan. Saya tahu dri admin saya sendiri melalui whatsapp.. bukan melalui majikan. Admin saya suruh buat notis berhenti kerja 24jam. Dan, gaji saya Tidak di bayar. Admin memaklumkan kepada saya bhwa majikan sendiri Yang akan transfer ke akaun saya. Tetapi sampai ke hari ini saya belum terima lagi gaji. Apa Yang patut saya buat?

Muhammad
Muhammad
8 months ago

assamualaikum saya nak tanya, boleh ke pekerja di suruh kerja waktu hujan lebat di field (kerja nursery). tiada sebarang agreement tanda tangan semasa minta kerja yang menyatakan kena kerja waktu hujan lebat di field. harap membantu.

Syaaaa
Syaaaa
7 months ago

Assalamualaikum, saya perlukan pendapat. saya telah bekerja di syarikat logistic bermula pada 3/10/2022 dan tempoh probation saya pada mulanya ialah 6 bulan, tetapi telah dipendekkan kepada 3 bulan. akan tetapi surat probation 3 bulan tu, saya misplaced. ceritanya saya telah di “terminate immediately” pada 2/2/2023 pada jam 5pm melalui applikasi ws. Jabatan mana yang perlu saya pergi untuk buat tuntutan, JTK atau JPP?
dan jikalau JPP, sekiranya company tidak mahu membayar pampasan selama 12 bulan dan disuruh untuk bekerja semula, adakah saya mempunyai hak untuk menolak bekerja semula? dan jika saya menolak bekerja semula. pampasan 12 bulan tidak akan dibayar ke?

hanipah
hanipah
5 months ago

salam sejahtera..s satu laporan polis dibuat keatas saya oleh penyelia saya dan ia disetujui oleh pagawai atasanya supaya kes ini diserahkam kepada pihak polis.saya telah diambil dan disoalsiasat oleh polis atas tuduhan mengugut mengunakan senjata dan membuat ancaman kepada penyelia saya dan penyelia saya mengemukan 3 saksi.dalam siasatan polis saya didapati tidak membuat sebarang ugutan atau acaman.pihak polis membebaskan saya tampa apa2 syarat.setalah itu pihak syarikat tidak berpuas hati dengan keputusan yg dibuat oleh pihak polis dan syarikat membuat satu sisatan dalaman bagi kes yang sama..mengemukan saksi yg sama .dan saya talah didapati salah.dan dibuang kerja.boleh kah pekara sebegini dibuat.s

Jaja Rahmat
Jaja Rahmat
5 months ago

Assalamualaikum,boleh ke sye buat tuntutan di JPP atas sebab majikan memalukan sye di IG story beliau disebabkan kecuaian sye iaitu lupa utk remind beliau berkenaan majlis jamuan makan syarikat? sye dh meminta maaf banyak kali dan beliau sudah memarahi sye dan sye telah akui silap sye itu. Tapi dia bertindak utk up kejadian tersebut di IG peribadi beliau dan ada beberapa info lain yang kurang tepat turut beliau ceritakan. selepas 3 hari, sye telah menerima surat peringatan yg mengatakan kesalahan yg sye buat seperti di atas dan juga kesalahan lama yang ada di antaranya tidak tepat. sye juga telah membayar sejumlah wang sebagai gantirugi utk jamuan makan tersebut. Dalam surat peringatan itu juga dinyatakan saya akan diberi tempoh 3 bulan untuk meningkatkan prestasi dan jika tidak mencapai prestasi minimum, sye boleh diberhentikan kerja. Saya diarahkan untuk menandatangani surat tersebut tanda setuju. Sye buntu dan sekarang sye rasa tertekan dengan isu ini dan seakan akan dipaksa untuk berhenti kerja. Apa yang perlu sye buat dan berapa peratus kemungkinan kes sye ini boleh menang? Terima kasih tuan untuk pandangan tuan. terima kasih

Adillah
Adillah
5 months ago

Assalamualaikum

Sy mewakili majikan ingin bertanya. Pihak majikan terpaksa memberhentikan pekerja tetap kerana tidak mampu membayar gaji utk tempoh 3 bulan lagi. Jadi notis berhenti telah diberikan in short notice. Pekerja mempunyai notis 3 bulan utk ke 2-2 keadaan majikan dan pekerja. Pada bulan diberhentikan, majikan telah membuat bayaran faedah penamatan pekerja, gaji pada bulan diberhentikan dan pembayaran cuti tahunan.

Walaubagaimana pun, pekerja telah memfailkan kes di JPP dengan menuntut bayaran ganti notis.

Soalan, adakah majikan perlu menurut kehendak prosiding (belum dipanggil) dgn membayar ganti notis. Majikan telah menerangkan kepada pekerja keadaan kewangan syarikat dan mendapat kata sepakat. Pada saat akhir ketika surat penamatan telah dikeluarkan. Pekerja mula mempersoalkan pembayaran yg akan dibuat oleh majikan. Pembayaran telah dibuat seminggu dari tarikh pekerja diberhentikan. Dan merasakan majikan tidak berlaku adil maka pekerja telah membuat aduan.

Pihak majikan telah menerangkan apa bayaran yang boleh dibayar kepada pekerja mengikut keadaaan syarikat.

Boleh berikan nasihat.

Terima kasih

Adillah

89
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x