Skip to content

PROSEDUR KES SIVIL DI MAHKAMAH

Situasi:

Anda telah melantik peguam untuk memulakan kes terhadap seorang individu yang telah melanggar kontrak perjanjian. Sudah 3 bulan berlalu, anda ingin tahu status kes anda. Apa yang perlu anda tahu?

Apa contoh kes sivil?

  • Saman fitnah
  • Tuntutan hutang
  • Kes kemalangan jalan raya
  • Perlanggaran kontrak

Peringkat pertama – MEMFAILKAN SAMAN

Apa yang perlu difailkan?

Plaintif akan memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. Selepas Writ Saman telah diekstrak dan nombor kes telah dijana, Plaintif perlulah membuat serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut kepada Defendan. Pada ketika ini, Pengurusan Kes pertama telah pun ditetapkan oleh Mahkamah. Kebiasaannya dalam tempoh sebulan dari tarikh pemfailan.

Apabila serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dibuat oleh Plaintif kepada Defendan, Defendan perlulah memasukkan Memorandum Kehadiran dan perlu hadir ke Pengurusan Kes yang telah ditetapkan.

Semasa Pengurusan Kes tersebut, Mahkamah akan mengarahkan Defendan untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Plaintif untuk memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan. Tarikh Pengurusan Kes seterusnya akan diberikan terus. Biasanya dalam tempoh sebulan lebih.

Oleh itu, secara ringkasnya, pemfailan kertas kausa adalah seperti berikut:

Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan (Plaintif) -> Memorandum Kehadiran (Defendan) -> Pernyataan Pembelaan (Defendan) -> Jawapan Kepada Pembelaan ( Plaintif)

Kesemua kertas kausa yang dinamakan di atas dikenali sebagai pliding. 14 hari selepas Jawapan Kepada Pembelaan telah difailkan oleh Defendan, keadaan ini dipanggil sebagai pliding sudah ditutup.

Peringkat Kedua – BICARA PENUH

Semasa Pengurusan Kes kedua, kedua-dua pihak akan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pliding telah ditutup dan tiada apa-apa permohonan intelokutori akan dimasukkan oleh kedua-dua pihak. Maka, kes itu boleh diteruskan kepada Bicara Penuh.

Mahkamah akan memberikan arahan kepada kedua-dua pihak untuk memfailkan dokumen pra-bicara.

Dokumen pra-bicara adalah seperti berikut:

1) Ikatan Pliding

2) Ikatan Dokumen Bersama

3) Ringkasan Kes

4) Fakta-fakta yang dipersetujui

5) Isu-isu untuk dibicarakan

6) Senarai saksi

Biasanya Mahkamah akan memberikan kedua-dua pihak tempoh dalam masa sebulan hingga 2 bulan (mungkin lebih lama bergantung kepada beberapa faktor seperti jadual masa Mahkamah, kerumitan kes dan lain-lain) bagi menyelesaikan dokumen pra-bicara tersebut dan tarikh Pengurusan Kes seterusnya akan ditetapkan.

Pada Pengurusan Kes ketiga itu, sekiranya pihak-pihak sudah membuat pertukaran Ikatan Dokumen masing-masing dan semua dokumen pra-bicara telah difailkan, maka Mahkamah akan mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan dan menukarkan Pernyataan Saksi masing-masing. Satu lagi Pengurusan Kes akan ditetapkan bagi mengemaskini status arahan mengenai Pernyataan Saksi yang telah diberikan. Biasanya, tarikh untuk Bicara Penuh juga akan ditetapkan terus bagi memudahkan semua pihak kerana sekiranya lambat ditetapkan, nanti jadual Mahkamah akan penuh dan tarikh yang lambat akan diberikan. Bergantung kepada jadual Mahkamah dan pihak-pihak, tarikh Bicara Penuh biasanya akan diberikan dalam tempoh 2, 3 bulan dari hari tersebut.

Bilangan hari Bicara Penuh pula akan bergantung kepada berapa jumlah saksi yang akan dipanggil oleh kedua-dua belah pihak. Kebiasaannya, Mahkamah akan menetapkan 3 hari Bicara dahulu. Sekiranya perlu tambah, akan ditambah selepas tamat 3 hari tersebut. Saksi dari pihak Plaintif akan dipanggil terlebih dahulu. Bila semua saksi Plaintif sudah memberikan keterangan, pihak Plaintif akan tutup kes dan Defendan akan memanggil saksi bagi pihak Defendan pula.

Peringkat Ketiga – HUJAHAN DAN KEPUTUSAN KES

Selepas kesemua saksi dari pihak Plaintif dan Defendan telah pun memberikan keterangan mereka dan Defendan telah tutup kes, maka Mahkamah akan mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan Hujahan Bertulis dan Hujahan Balas masing-masing. Tempoh yang diberikan untuk Hujahan Bertulis difailkan biasanya sebulan atau sebulan lebih dari tarikh akhir Bicara Penuh manakala Hujahan Balas pula 14 hari dari tarikh Hujahan Balas.

Tarikh keputusan pula akan ditetapkan kebiasaannya sebulan atau 2 bulan dari tarikh Hujahan Balas. Ini juga bergantung kepada Mahkamah di peringkat mana. Sebagai contoh, jika kes di peringkat Mahkamah Majistret atau Sesyen, selepas Hujahan Balas, tarikh Keputusan akan ditetapkan terus. Namun, jika kes di peringkat Mahkamah Tinggi, kebiasaannya Mahkamah akan menetapkan satu lagi tarikh untuk Klarifikasi selepas Hujahan Balas difailkan dan barulah tarikh Keputusan kes ditetapkan.

Maka, begitulah secara ringkasnya prosedur untuk kes sivil secara amnya. Namun, harus diingat, prosedur di atas mengambil kira keadaan-keadaan berikut:-

  1. Kes dimulakan dengan Writ Saman dan bukannya Saman Pemula.
  2. Tiada sebarang permohonan intelokutori dari awal sehingga pelupusan kes.
  3. Defendan tidak mempunyai tuntutan balas.

SILA AMBIL MAKLUM, bahawa penerangan di atas hanyalah sebagai contoh secara am semata-mata. Harus diingat, setiap kes adalah berbeza perjalanannya walaupun prosedurnya adalah sama. Ada kes yang cepat, ada kes yang ambil masa yang lama sedikit.

Semoga bermanfaat.

(Visited 14,895 times, 1 visits today)
97 Thoughts on PROSEDUR KES SIVIL DI MAHKAMAH
    khairunnisa binti Rosli
    29 Jun 2021
     9:12pm

    hi, Assalammualaikum, boleh encik pm sye di whatsapp 011 5550 1395, saya nakkan sedikit pencerahan dan pendapat, pertanyaan ini sekadar untuk pengetahuan saya dan ianya satu sesi pembelajaran saya, dan saya tidak seberapa faham. Dengan cara ini mungkin encik dapat membantu keraguan saya. memohon maklum balas dengan segera, Terima Kasih.

    0
    0
      Giitha
      20 Oct 2021
       10:39pm

      Sy ada dapat sivil med sebab tidak dapat bayar duit kereta dari tahun 2018 hingham sekarang .tapi kereta itu masih ada delay Saya..apa sy perlu buat..Saya tiada ada kenderaan apa2 se1lain itu kereta utk pergi balik dari kerja..jika Saya bagi kereta sy mesti Saya tak blh pergi kerja lg..tolong boleh bg penjelasan ke

      0
      0
    Nor athirah
    1 Aug 2021
     1:04pm

    Assalamualaikum tuan. Boleh hubungi saya 0129670929 . Ada hal yg penting utk bertanya kepada tuan .

    0
    0
    Mohd Abdul Hafiz
    6 Aug 2021
     6:48am

    Assalamualaikum..Boleh hubungi saya 0172944230..ada hal penting untuk saya bertanya kepada tuan.

    0
    0
    Solehin
    9 Aug 2021
     11:45am

    Salam Tuan,sy ada kes nak tuntut hutang langgar kontrak. Boleh hubungi sy 0166469335

    0
    0
    fazrenna
    30 Aug 2021
     11:44am

    Salam tuan,sy ada beberapa kemusykilan berkaitan tuntutan sivil kemalangan,bole hubungi saya d talian 0178628731

    0
    0
    Ady
    7 Sep 2021
     3:09am

    Assalamualaikum tuan. Boleh hubungi saya (014-9592113). Ada perkara untuk saya bertanya kepada tuan.

    0
    0
    Wawa
    8 Sep 2021
     12:32pm

    Assalamualaikum Tuan. Minta tuan hubungi saya untuk pencerahan mengenai tuntutan berkenaan rumah. 0134144997 terima kasih tuan

    0
    0
    Mohamad Syazwan bin ramle
    13 Sep 2021
     2:43am

    Assalam tuan mohon hububgi saya
    0126521128

    0
    0
    Mohd aimierul bin mohd noor
    21 Sep 2021
     11:15pm

    Assalamualaikum tuan..
    Boleh pm saya di nombor 0187731814..
    Saya nak bukak fail saman sivil kes kemalangan adik saya..pihak lawan taknak bertanggungjawab..

    0
    0
    Aril
    4 Oct 2021
     11:37pm

    Assalamualaikum tuan..
    Boleh pm saya di nombor 0199153855.
    Sy nk bertanya berkenaan pelanggaran perjanjiann s&p Dan penipuan dokumen oleh pihak pemaju

    0
    0
    Aril
    4 Oct 2021
     11:38pm

    Salam tuan
    Boleh pm sy Di nombor 0199153855.
    Sy nk bertanya berkenaan pelanggaran perjanjiann s&p Dan penipuan dokumen oleh pihak pemaju

    0
    0
    Khairussallam
    5 Oct 2021
     7:32am

    Assalammualaikum tuan, boleh contact no saya 017-2699748 untuk pencerahan kegagalan syarikat bayar hutang.

    0
    0
    Jay
    8 Jan 2022
     3:39pm

    Salam tuan, saya dalam delima kerana di tipu peguam yang bersekongkol dgn ahlong..saya ada meminjam duit dgn along dgn mengadai tanah sya tetapi peguam yg mengurus documt cagaran saya di tukar kpada snp tanpa saya sedari kerana mempercayai peguam tersebut..saya sdh langsai hutang tetapi geran tanah sdh di tukar milik..apa harus sya lakukan

    0
    0
    Razman bin ridzuan
    21 Jan 2022
     3:51pm

    Salam saya tanya dgn tuan peguam
    Jika seseorang itu kena saman sivil boleh dibawa ke mahkamah walaupun kes ni sah 9 tahun yg lalu masih boleh diteruskan ke ini helah pengutip hutang yg dilantik oleh syarikat

    0
    0
    Ana
    20 Mar 2022
     9:14pm

    Assalamualaikum.. Maaf nak tanya jika saman jpj naik mahkamah tapi tidak hadir bagaimana ye

    0
    0
    Ana
    20 Mar 2022
     9:15pm

    Jika saman jpj naik mahkamah tapi tidak hadir bagaimana ya.

    0
    0
    Fazrul haqimi reimi b abdullah
    10 Jun 2022
     11:31pm

    Assalamualaikun tuan
    Boleh hubungi sy d 0137990738 atau whatapp sy.
    Ada kes sy mahu rujuk

    0
    0
    Mohd
    19 Jun 2022
     10:00am

    Assalamualaikum tuan,saya nak buat tuntutan kpd pihak liquidator dgn nilaian berjuta ringgit atas kegagalan pelanggaran perjanjian. Saya boleh dihubungi di 01128062920

    0
    0
    Dhiyaa
    24 Jun 2022
     9:07pm

    Assalamualaikum tuan. Saya dhiyaa sy nk Tanya tuan bagaimana nk saman org guna sign kita ?? Contact number 0104287614

    0
    0
    Nor ezzati
    9 Aug 2022
     9:14pm

    Boleh hubungi no ni 0166525461 saya nk bertanya tntg kes saham syarikat mak saya

    0
    0
    Fazrul haqimi reimi b abdullah
    27 Oct 2022
     11:13pm

    Assalamualaikum tn
    Jika sesuatu statement bertulis oleh seseorang saksi majikan berunsur fitnah dan telah mgakibatkan sesorang itu di buang kerja.

    1. Apakah statement plapor terlindung sbgai absolute privillage (keistimewaan mutlak).
    2. Boleh kah mangsa kes mfailkan saman fitnah ke atas saksi majikan

    0
    0
    Mohd zaidi
    14 Dec 2022
     2:28pm

    Berapa kos khidmat guaman untuk penipuan pelaburan? Bolehkah kita saman individu yg buat skim tersebut hingga nilai boleh cover semua kos?

    0
    0
    asyikin
    3 Apr 2023
     8:03pm

    Assalamualaikum sy nak tny psl saman sivil. Jika pejalan kaki dilanggar oleh kereta dlm kawasan hospital . Blh encik hubungi sy no 0137484605

    0
    0
    elmi syamsury
    8 Sep 2023
     11:51am

    salam. Ada sedikit study case yg sedang berlaku, boleh bantu sy ? 0183576543. TQ

    0
    0
    Sapiah Lukas
    15 Sep 2023
     1:46pm

    Tuan, satu trading telah berdaftar di lesen majlis perbandaran utk berniaga tapi tiada di daftar di SSM dan juga telah membuat satu surat sumpah untuk menyatakan tentang latar belakang diri dan perniagaannya dan setiap perniagaan mendapat pengesahan Stamping dri LHDN.
    Peniaga Trading itu mengambil modal di atas 5ribu dari perkongsian dari pelabur untuk di janakan di industri katanya, namun kontent kandungan perjanjian tiada dijelaskan apa yang diniagakan hanya kata sahaja bahawa yg diniaga itu apa apa yang dijual dan patuh syariah. Dan cara kutipan duit itu diambil secara tunai atau bank in kepada trading. Dan lepas di stamp dri LHDN bru diserahkan kepada pelabur yg berkongsi modal. *Soalan – 1 adakah cara begini mematuhi dari segi perundangan dan betulkah cara pengelolaan Trading nya dan ditangan Pelabur hanya dibagi surat PerJanjian dan Stamping LHDN shja sebagai dokument untuk sahkan bahawa duit sudah diterima*

    *Soalan 2-Jika c pengkongsi/pelabur modal merasa ada yg sesuatu yang pelik dari cara pengelola trading ini mengendalikan urus niaganya, lalu mahu menarik diri dan membatalkan perjanjian walaupun tidak sampai pada tarikh perjanjian pulangan secara MULUT tanpa ada surat, ada ka itu salah kepada pelabur dan adakah terpakai secara sah di akta SKIM KEPENTINGAN di undang2 SSM dan perkara ini mereka baru timbulkan dan dijelaskan selepas kita hendak membatalkan untuk menarik diri, dan baru dikeluarkan bermcm.mcm akta dri skim kepentingan ini. DAN JUGA DLM MAKSUD AKTA ITU C PEMILIK PENIAGA INI BERHAK UNTUK MEMULANGKAN MODAL TANPA KEUNTUNGAN. Tapi dari tarikh yg mereka kluarkn akta sehingga la berlanjutan bberap bulan tiada dipulangkan modal hanya sedikit sahaja yg dipulangkan di akaun c yg memberi modal. ADAKA PENDIRI PENIAGA INI PULA YG MENLANGGAR PERJANJIAN DAN BER ALASAN KEPADA PELABUR2 UNTUK MENANGGUH BAYARAN BALIK.
    *Soalan 3 – Adakah pelabur berhak untuk menuntut apa2 ganti rugi keatas Pendiri Peniaga ini selama mana ditahan pulangan dan keuntungan tersebut.

    *Soalan 4 – Jika c Pendiri Peniaga tidak berpuasa hati adakah dia bole saman balik pelabur atas sebab kerugian yg di alami akibat dari tindakan pelabur dan hukuman yg dijatuhkan keatasnya jika sekiranya dia didapati bersalah.

    Harap dapat bantuan dari sudut perundangan dan dapat bantu kenalkan agensi biro bantuan yang dapat bantu sebab yg pelabur dalam.situasi tertekan dengan kewangan untuk upah peguam swasta
    Harap maklum dan terima kasih.

    0
    0
    _Ekal 46
    5 Jan 2024
     7:20pm

    Mintak tolong sesiapa yng boleh selesaikan masalah orng pakai motor atas nama kita tapi tak reti nak byr bila mintak balik engan serah

    0
    0
    Muhammad alifasraf
    3 Apr 2024
     10:08pm

    Hi assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Bagaimana saya mahu mendapatkan bantuan guaman untuk kes sivil.saya mahu buat tuntutan pada sebuah kompeni yang menjalankan kerja pengecatan di tempat kerja isteri saya di mahkamah kuala lumpur.semasa mereka menjalankan kerja pengecatan di dapati kereta saya terkena serpihan cat dan tidak dapat di hilangkan.terdapat beberapa kereta juga yang terkena.pihak kompeni tersebut telah meminta semua kereta yang terbabit untuk datang dan mereka menyediakan khidmat polish dan cuci.tetapi apa yang saya dapati kesan cat pada kereta saya tidak hilang dan kereta saya semakin bercalar atas kesan polish mereka.saya telah menyatakan ketidak puasan hati saya pada pihak mereka dan meminta untuk pihak mereka memberi ganti rugi cat semula kereta saya.saya juga telah mendapatkan coutation untuk kos pembaik pulihan.saya bercadang untuk menuntut di makkamah tuntutan kecil tapi kos yg perlu di tanggung adalah melebihi 5 ribu ringgit.jadi saya bercadang untuk memulakan tuntutan sivil tetapi dengan kekurangan dana adakah boleh jika saya mengunakan khidmat peguam dan kosnya kemudian di tuntut sekali di dalam tuntutan sivil saya.

    Sekian terima kasih

    0
    0

Leave A Comment