Skip to content

PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN SIJIL FARAID DI MAHKAMAH

Permohonan untuk mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah adalah penting bagi menguruskan harta Si Mati. Berikut adalah prosedur permohonan Faraid di Mhakamah Syariah:-

  1. Isi borang MS 3 bagi Notis Permohonan & MS 26 bagi Afidavit Sokongan yang perlu diangkat sumpah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.- Boleh dapatkan borang tersebut di Mahkamah Syariah.
  2. Pemohon juga perlu sertakan Ekshibit Dokumen-Dokumen yang diperlukan (sila lihat posting bertajuk Dokumen Untuk Permohonan Sijil Faraid pada 3/3/2021) .
  3. Setelah borang lengkap, pemohon boleh memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah dan membuat pembayaran pemfailan seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah.
  4. Pemohon hendaklah hadir pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan.
  5. Bawa dokumen-dokumen asal seperti Sijil Kematian, Sijil Pernikahan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan pada tarikh perbicaraan.
  6. Bawa sekurang-kurangnya dua orang saksi untuk siasatan Faraid dilakukan.
  7. Pemohon hendaklah peka dengan arahan Mahkamah dari semasa ke semasa.
  8. Sekiranya Mahkamah berpuas hati, Mahkamah akan memutuskan permohonan pemohon diluluskan.
  9. Sentiasa follow up dengan Mahkmah berkaitan status perintah/Sijil Faraid. Kalau boleh, call Mahkamah terlebih dahulu.
  10. Sekiranya perintah/Sijil Faraid telah siap, pemohon perlulah membuat pembayaran perintah/Sijil Faraid di Mahkamah terlebih dahulu.
  11. Setelah bayaran dibuat, pemohon bolehlah mendapatkan Sijil Faraid tersebut untuk pengurusan harta Si Mati.

(Visited 5,706 times, 5 visits today)
3.7 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Afrif
Afrif
2 years ago

Saya,hendak tanya…kalau pemegang amanah si mati khususnya wang kwsp dan tidak mahu bahagikan ikut faraid…adakah sijil faraid ini mampu memaksa pemegang amanah membahagikan wang kwsp si mati dengan mengikut faraid?

Sarah
Sarah
1 year ago

Assalamualaikum cik fatihah, saya ingin bertanya biasanya berapa lama proses untuk ketahui jawapan atau keputusan mengenai faraid ni ya.terima kasih

Norazlina bt Abd Jaafar
Norazlina bt Abd Jaafar
1 year ago

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Boleh saya bertanya, bagaimana saya perlu uruskan jika harta si mati tiada penama, si mati meninggalkan seorang isteri, 2 orang anak lelaki & seorang anak perempuan. ( ibu & ayah si mati telah meninggal dunia). Saya rujuk pd seseorang, beliau maklumkan sy perlu membuat permohonan sijil faraid, tapi saya x faham bagaimana prosedur nya.

Syuhada
Syuhada
1 year ago

Salam.dalam permohonan sijil faraidh ni akan ada perbicaraan kan.akan ada plantif dan defendan.persoalan saya.1)siapakah plantif dan defendan itu.adakah orang yang mohon sahaja terlibat.utk makluman adik beradik ada 13org.6orang mungkin akan buat faraidh.7 orang lagi hanya ingin sepakatan di pesaka kecil sahaja.
2)jika pemohon perlu sediakan lantikan peguam defendan perlu x lantik peguam?
3)adakah proses perbicaraan tentang faraidh ni ada pihak pencadang dan pembangkang?
Mohon penjelasan yea.terima kasih.

Fadzli
Fadzli
7 months ago

Boleh saya tahu anggaran bayaran pendaftaran dan kos untuk mendapatkan sijil faraid ini di

  1. Mahkamah Rendah Syariah
  2. Mahkamah Tinggi Syariah
12
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x