Dalam tempoh PKP ini, semua pejabat kerajaan terpaksa menghadkan bilangan individu yang ingin membuat apa-apa urusan di kaunter, termasuklah pejabat-pejabat tanah di seluruh negara.
Bagi mereka yang sudah melantik peguam sudah pasti tidak mempunyai masalah kerana pihak peguam yang akan uruskan segala proses di pejabat tanah.
Tapi, bagi orang awam yang ingin dan/atau terpaksa uruskan sendiri apa-apa urusan di pejabat tanah, sebaiknya semak dulu prosedur di setiap pejabat tanah sebelum hadir kerana semua pejabat tanah sekarang ini menggunakan sistem temujanji terlebih dahulu.
Dah tak boleh walk-in macam dulu.
Jadi, pihak Jom Tanya Peguam telah kumpulkan semua pautan dari laman web setiap Pejabat Tanah Negeri supaya mana-mana orang awam yang mempunyai urusan di tempat yang berkaitan, boleh semak dulu prosedur yang betul.
Senarai ini hanya untuk Pejabat Tanah Negeri sahaja ya. Jika urusan di Pejabat Tanah Daerah, sebaiknya hubungi dulu Pejabat Tanah Daerah tersebut untuk dapatkan kepastian.
WILAYAN PERSEKUTUAN (KL, PUTRAJAYA & LABUAN)
Apa-apa urusan di PTGWP perlulah membuat appointment di sini: https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EJanjiTemuGuestForm.xhtml
SELANGOR
Prosedur untuk apa-apa urusan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor boleh rujuk di sini: https://ptg.selangor.gov.my/
PAHANG
Urusan di Pejabat Tanah dan Galian Pahang boleh rujuk di sini: https://ptg.pahang.gov.my/index.php
NEGERI SEMBILAN
Untuk maklumat lanjut, boleh semak di laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan: https://ptg.ns.gov.my/en/
PULAU PINANG
Urusan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang boleh rujuk di sini: https://ptg.penang.gov.my/index.php
MELAKA
Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Melaka: https://ptg.melaka.gov.my/1/index.php
JOHOR
Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Johor: https://ptj.johor.gov.my/
TERENGGANU
Boleh juga layari laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Terengganu: http://ptgweb.terengganu.gov.my/
KELANTAN
Apa-apa urusan di Pejabat Tanah dan Galian Kelantan perlu buat temujanji terlebih dahulu. Boleh rujuk di sini: https://ptg.kelantan.gov.my/index.php/ms/
KEDAH
Boleh semak maklumat lanjut di laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Kedah: https://www.ptgkedah.gov.my/
PERLIS
Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Jabatan Tanah dan Galian Perlis: https://ptg.ptgps.gov.my/
PERAK
Apa-apa urusan di Pejabat Tanah dan Galian Perak, boleh rujuk pengumuman di laman web rasmi di sini: https://ptg.perak.gov.my/portal/web/guest/pengumuman?hebahan=2304
Harap bermanfaat kepada orang awam.
Semoga urusan anda mudah dan berjalan lancar.
Saya melantik jurukur bagi perkhidmatan permohonan tukar syarat, pecah bahagian dan tukar syarat serentak pada Mei 2017.
Sehingga kini jurukur telah gagal dalam menyempurnakan perkhidmatan mereka ; dan kronologi berkait urusan di peringkat PBT tidak ditangani dengan profesional. Ini telah merugikan kepada pihak saya
Adakah kausa untuk tindakan sivil kepada kecuaian professional tersebut?.