SEKIRANYA ANDA DITANGKAP POLIS, APA HAK ANDA DAN APA PERLU ANDA LAKUKAN?
Kehadiran pihak Polis di kawasan awam, di sekatan jalan raya contohnya bukanlah suatu yang asing bagi majoriti masyarakat kita. Namun tidak semua mempunyai pengalaman di dalam menghadapi situasi apabila berdepan dengan pihak Polis secara peribadi dan terus (face to face).
Di dalam penulisan kali ini pihak Jom Tanya Peguam akan fokuskan pada salah satu situasi penting dan vital apabila berhadapan dengan pihak Polis iaitu apabila pihak Polis berdepan dengan anda dan bertindak ingin menahan anda atas siasatan untuk suatu kesalahan.
*Penulisan ini hanyalah sekadar penulisan yang berbentuk perkongsian yang asas untuk pemahaman secara umum kepada masyarakat awam diluar sana. Penulisan ini tidak membentuk suatu nasihat guaman dan/atau mengikat pihak-pihak selaku Peguam-anakguam melainkan sekadar perkongsian semata-mata.
LANGKAH 1 (PENGESAHAN PIHAK YANG CUBA MENANGKAP)
Langkah awal yang pihak anda (orang awam) boleh lakukan adalah dengan mengesahkan orang yang cuba menahan/menangkap anda tersebut adalah Polis yang sebenar. Ini kerana terdapat beberapa rekod kes-kes penyamaran sebagai anggota penguatkuasa, sebagai anggota Polis, Askar dsb untuk tujuan jenayah.
Pengesahan awal boleh dibuat berdasarkan 2 cara yang pertama, sekiranya pihak Polis tersebut memakai pakaian seragam, anda perlu memberi perhatian kepada wajah anggota Polis tersebut, tanda nama dan lencana nombor, pada bahagian atas poket Polis tersebut.
Rekodkan nama dan nombor lencana anggota Polis tersebut di telefon bimbit anda atau tulis di mana-mana tempat yang anda mempunyai akses kepadanya kelak.
Kaedah kedua pula terpakai juga untuk pihak Polis yang memakai pakaian seragam atau bukan, anda berhak untuk meminta pihak Polis tersebut untuk menunjukkan Kad Kuasa Polis. Fokus pada warna kad kuasa tersebut dan ingat “B.K.M”, Biru untuk jawatan inspektor dan keatas, Kuning untuk jawatan bawah dari Inspektor, manakala Merah untuk anggota yang sedang digantung tugas/kuasa.
LANGKAH 2 (KENYATAAN YANG ANDA PERLU BERI SEMASA DITAHAN/DITANGKAP)
Apabila anda berhadapan dengan pihak Polis, sebenarnya anda hanya perlu untuk memberi 3 maklumat asas sahaja iaitu nama anda, alamat anda, dan nombor kad pengenalan anda. Sekiranya anda ditanya apa-apa soalan berkaitan perkara yang berkaitan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh anda atau individu lain, elakkan diri dari menjawab bagi mengelakkan kenyataan anda tersebut menjadi suatu kenyataan yang “incriminating” kepada diri anda.
LANGKAH 3 (PENGESAHAN SAMA ADA ANDA SEBENARNYA DITANGKAP ATAU TIDAK)
Anda hendaklah beranikan diri untuk bertanyakan kepada Polis untuk tujuan pengesahan sama anda telah ditahan dengan bertanya “Tuan, adakah saya sedang ditahan? Adakah saya sedang ditangkap?”. Ini adalah antara contoh mudah untuk megesahkan sama ada anda benar benar sedang ditahan/ditangkap atau tidak.
Untuk fahaman asas orang awam, tahan dan/atau ditangkap oleh Polis ini boleh berlaku dalam mana-mana 3 situasi yang dinyatakan di dalam Seksyen 15(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Pertama dengan cara menyentuh tubuh anda (contoh: dipegang, digari dan disentuh), keduanya dengan cara mengurung anda (contoh: melarang anda untuk keluar dari suatu Kawasan tersebut), dan ketiga dengan cara pengakuan terhadap penangkapan tersebut (contohL ya, kami tahan anda).
LANGKAH 4 (HAK UNTUK MENGETAHU ATAS SEBAB APA ANDA DITANGKAP/DITAHAN)
Sekiranya anda disahkan secara mulut oleh Polis tersebut bahawa anda sedang ditahan/ditangkap dan/atau disahkan ditangkap berdasarkan mana-mana kaedah di langkah 4 dan tanpa waran tangkap. Tindakan anda selanjutnya adalah dengan bertanya kepada pihak polis tersebut atas kesalahan apakah anda ditahan.
Anda hendaklah mengetahui sebab apa anda ditahan dengan kadar segera antaranya pada bila anda ditangkap atau semasa di bawa ke balai polis sepertimana hak yang dijanjikan di dalam Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana mmperuntukkan: –
“5(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.”
LANGKAH 5 (HAK UNTUK MEMBUAT MENGHUBUNGI AHLI KELUARGA DAN PEGUAM)
Anda hendaklah bertanya kepada pihak polis yang menahan anda ke balai poliskah anda akan dibawa, ini adalah maklumat yang sangat penting untuk anda ada sebelum anda menggunapakai hak anda yang selanjutnya iaitu hak anda untuk menghubungi 2 pihak, iaitu pihak ahli keluarga anda dan yang keduanya adalah pihak Peguam anda.
Dengan adanya maklumat dimana balai polis mana anda ditahan, ini akan memudahkan pihak ahli keluarga anda untuk mengenalpasti kedudukan anda dan untuk memudahkan pihak Peguam untuk hadir dengan kadar segera untuk memberi nasihat guaman dsb. (Rujuk Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah)
Hak ini hendaklah diberikan kepada anda sebelum apa-apa soalan dan soal jawab direkodkan oleh Pegawai Penyiasat terhadap anda.
*Rujuk juga Seksyen 28A(8) Kanun Prosedur Jenayah yang memperuntukkan bahawa hak untuk mendapatkan Peguam diawal penangkapan dan siasatan boleh dinafikan diatas alasan kukuh antaranya ianya boleh mengganggu proses siasatan dengan cara memusnahkan bahan bukti, isu keselamatan
LANGKAH 6 (ANDA HANYA BERHAK DITAHAN SELAMA 24 JAM MELAINKAN DENGAN KEBENARAN MAJISTRET)
Di bawah Artikel 5(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila seseorang ditangkap selama tempoh 24 jam (tidak termasuk waktu perjalanan), oleh yang demikian, pihak Polis tidak boleh menahan anda lebih dari 24 jam MELAINKAN dengan kebenaran Majistret. Ini bermakna selepas 24 jam anda ditahan, anda seharusnya dibebaskan, namum jika suatu siasatan dan/atau reman diperlukan bagi siasatan suatu kes melibatkan anda tersebut, pihak Polis boleh mendapatkan suatu perintah reman di hadapan Majistret. (Rujuk Seksyen 28(1) Kanun Prosedur Jenayah)
Pada ketika inilah pihak Peguam anda hadir untuk membantah suatu reman yang dipohon oleh Polis tersebut dan/atau memohon agar hanya suatu tempoh reman yang minima sahaja diberikan kepada anda. Sekiranya pihak Peguam setelah mendapatkan semua maklumat berkaitan dan merasakan bahawa anda sebenarnya telah ditahan/ditangkap secara salah, pihak Peguam akan membuat suatu permohonan untuk melepaskan anda dari tahanan dan antaranya adalah permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi dsb.
Apapun hak anda, pastikan hak-hak ini tidak menjadi suatu sebab untuk anda bertindak tidak sopan dan kurang ajar terhadap pihak Penguatkuasa sehingga menjadi suatu keadaan di mana anda sedang menggunggu tugas penjawat awam.
Semoga penulisan yang sangat ringkas dan sangat asas ini sedikit sebanyak memberi maklumat dan pemahaman kepada kita semua tentang hak anda, ahli keluarga anda, sahabat anda dan atau kenalan anda sekiranya ditangkap polis.
Semoga Allah permudahkan urusan baik kita semua dan melindungi diri kira dari perkara-perkara yang tidak baik.
Sekian,
JOM TANYA PEGUAM
Salam tuan peguam.nak tanya kalau keputusan kes nfa/kus bolehkah pihak polis menyimpan barang yang disita seperti telepon bimbit atau polis perlu serahkan balik.Adakah pihak polis masih boleh simpan telepon tersebut untuk dianalisi sedangkan kptsn kes telah nfa/kus?
kawan saya dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan pada 1 kes, boleh dikatakan yang kawan tersebut ialah seorang saksi dalam kes tersebut, soalan saya, adakah seorang saksi(pemberi keterangan) boleh ditahan oleh pegawai polis yg sedang bertugas sedangkan saksi tersebut telah memberi keterangannya?
Saya nak tanya, apakah maksud apabila seorang itu “dituduh di makhamah bersama individu yang masih bebas”, adakah individu yang masih lepas itu terlepas daripada tuduhan?
Saya nak tanya, jika ditahan dibawah LLPK, apa yang kita perlu buat? Polis tidak menemui apa apa bahan bukti langsung dirumah dan pada badan.
Salam.. Pada tahun 2016 bulan Jun, saya pernah di tahan selama 10 hari di Lokap Balai Polis Kunak atas kesalahan yang saya tidak tahu apa-apa. Seramai 3 orang Pegawai Polis datang ke rumah saya sewaktu saya masih tidur dan membawa saya ke Balai Polis Kunak untuk bantu siasatan Kes Tukar Cek yang rupanya Cek tu hasil dari Rompakan. Sedangkan saya tak tahu apa-apa pasal cek tu.. saya hanya tolong bekas suami saya untuk Tunaikan Cek tu di Bank kerana bekas Suami saya tidak tahu berurusan masa itu jadi saya memang selalu tolong dia bila ada apa-apa urusan. Tidak sangka pula bahawa Cek itu adalah Cek yang di Rompak dari seorang tauke. Oleh sebab itu saya telah di bawa Polis dari Rumah depan orang kampung dan di tahan selama 10 hari. Selepas dari itu saya mengalami kehidupan saya tidak lagi seperti dulu dan malu bila berhadapan dengan orang ramai kerana ada segelintir orang yang selalu sindir-sindir pasal kes tu. Jadi apa yang harus saya lakukan? Bolehkah saya saman Polis yang telah menjatuhkan maruah saya?
Kalau tak berkemampuan macam mana nak daptkan peguam?
Adik ipar saya.semasa berada di kl sentral..telah ditahan oleh beberapa org polis..semasa pemeriksaan tubuh badan tidak menjupai apa2 barang salah dan di bawa ke balai untuk ujian air kencing.. Tiba2..adik ipar sy di beritahu oleh anggota polis tersebut ujian air kencing positif tetapi tidak ditunjuk test ujian tersebut..dan di dalam repot di catat semasa pemeriksaan terjupa metaphetamin di dalam genggaman…kemudian dia ditangkap tanpa dimaklumkan kepada keluarga.
Salam tuan peguam.,.. saya pernah kena tahan llpk. Sekarang ni saya dah benang bicara. Barang2 sita tu boleh keluar tak. Itu saja soalang saya terima kasih tuan peguam
tuan,sy ingin tanya,kwn sy ditangkap polis dan dibawa ke balai,urine kwn sy diambil dan polis sahkn positif,bila kwn sy mtk nk tgk keputusan urine tersebut,,pihak polis x bg tgk dan buang urine strip dlm bakul sampah,blh tuan terangkn apa tindakan susulan yg kwn sy perlu buat?
Omg, patut lah ramai polis menyamar skrg. Sampai mangsa diangkut ke tempat yg tak diketahui dan tak ditemui. Tatacara penangkapan sgt mudah tanpa pengesahan yg tepat daripada anggota polis. Hanya sekadar catat nama dan no anggota, dan tunjuk kad yg boleh dipalsukan. Pertanyaan ‘am i under arrest’ tanpa waran tangkapan. Mana hak org awam untuk bela diri dari penjenayah yg MENYAMAR JADI POLIS???
Saya nak tanya beberapa soalan yg mana pihak aadk telah membuat 1 operasi serbuan di alamat saya yg mana hanya isteri saya shaja berada dirumah waktu itu, pihak aadk tidak menyatakan tujuan mereka menyerbu rumah saya dan siapa yg mereka cari,pihak aadk juga telah menyuruh isteri saya buka pintu untuk melakukan pemeriksaan didalam rumah dan isteri saya menyatakan yg suami tiada dirumah atas urusan kerja, mereka ttp berkeras ingin msuk dan memberitahu mereka ada anggota wanita dan terus membuat ujian saringan air kencing keatas isteri saya di kediaman saya walhal isteri saya tidak pernah terlibat dalam mana2 aktiviti meyalahi undang2 berkaitan penagihan dadah, pihak aadk juga memasuki rumah untuk mbuat pemeriksaan, selepas selesai mereka beredar dan telah membuat repot polis yg mana mereka telah menyatakan berdasarkan maklumat yg mana rumah saya dan isteri saya disyaki melakukan kesalahan penagihan barang larangan iaitu dadah, dan dijadikan sebagai OYDS, yg mana telah mencalarkan rekod bersih isteri saya didalam repot PDRM serta sekaligus menjadikan perspektif pdgn yg negatif oleh jiran2 sekeliling apabila mereka menyerbu kediaman saya tanpa menjelaskan apa2 atau membawa apa2 dokumen berkaitan aduan dan maklumat yg mereka terima, adakah wajar bg penguatkuasa aaadk sekiranya target yg mereka cari sebenrnya org lain dan apabila gagal mereka menjadikan isteri saya sebagai suspek dan OYDS. Saya tidak berpuas hati terhadap serbuan ini yg mana tidak profesional dan tidak mengikut sop dalam mana2 risikan sbg penguatkuasa bg memastikan sesuatu operasi itu berjaya dan menjadikan pihak lain sebagai mangsa bg melengkapkan serbuan mereka. Bolehkah isteri saya dan saya melantik peguam untuk memfailkan saman malu terhadap AADK? Dan bagaimanakah caranya untuk melantik peguam serta berapakah kos bayarannya. Untuk pengetahuan Tuan saya adalah seorang penjawat awam dan sekaligus menyebabkan reputasi kerja saya terjejas yg mana jiran2 mengeetahu yg mana rumah saya diserbu pihak AADK sedangkan saya seorang penjawat awam Terima kasih.