Skip to content

UBAH PERINTAH NAFKAH ANAK

Bila boleh buat tuntutan ubah perintah nafkah anak? Ubah perintah nafkah anak boleh dibuat bila perintah nafkah anak telah diputuskan.

Selalunya, ubah perintah dibuat berdasarkan beberapa faktor dan alasan:-

1. Perbelanjaan semasa anak telah berubah. 

Dalam kes nafkah anak, perbelanjaan semasa anak adalah antara menjadi penentuan kadar nafkah bulanan dan tahunan anak. Semakin bertambah usia anak, semakin meningkat perbelanjaan keperluan anak. Maka, kadar nafkah yang telah diperintahkan tidak lagi mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak.

2. Pendapatan dan tanggungan si bapa telah berubah. 

Boleh jadi ketika perintah nafkah anak diperoleh, si bapa mempunyai pendapatan yang stabil dan tidak mempunyai tanggungan dan komitmen yang banyak. Ubah perintah boleh difailkan oleh si bapa bagi menyatakan kemampuan semasa bapa kepada mahkamah.

Kenapa kena buat ubah perintah nafkah kalau bapa tidak lagi mampu untuk bayar nafkah anak seperti yang telah diputuskan?

Sekiranya si bapa tidak buat ubah perintah dan bayar mengikut kemampuannya tanpa mengikut jumlah seperti yang telah diperintahkan, maka jumlah terkumpul yang tidak dibayar secara cukup itu boleh dikira sebagai nafkah tertunggak. Untuk mengelakkan ada tuntutan nafkah tertunggak, adalah lebih baik tuntutan ubah perintah difailkan.

Semoga bermanfaat.

(Visited 882 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x