Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
ULASAN KES CAPRICE DAN MYDIN: BOLEH KE CAPRICE SAMAN MYDIN? - Jom Tanya Peguam
Skip to content

ULASAN KES CAPRICE DAN MYDIN: BOLEH KE CAPRICE SAMAN MYDIN?

“Boleh ke Caprice saman MYDIN?”

Soalan yang saya dapat di Telegram.

Bila saya baca sendiri posting Caprice di IG dan stories dia, memang nampak dia terkilan dengan tweet dari akaun twitter MYDIN pasal “cap” dengan “rice” tu.

Untuk jawab soalan di atas, macam yang saya selalu sebut sebelum ni, semua orang boleh saman sesiapa. Persoalan yang lebih penting adalah sama ada boleh menang tak saman tu?

Ramai yang andaikan bahawa Caprice akan saman fitnah terhadap MYDIN, tapi kita tak tahu pun secara faktanya. Boleh jadi pasukan undang-undang Caprice ada idea untuk saman MYDIN di bawah kausa tindakan lain. Selagi tiada Notis Tuntutan atau saman rasmi dikeluarkan oleh Caprice yang menyatakan berkenaan saman fitnah, maka sekadar spekulasi semata-mata.

Tapi, bagi tujuan perbincangan hari ini, kita andaikan sahajalah bahawa Caprice memang akan saman fitnah terhadap MYDIN.

Jadi, di bawah saya cuba terangkan secara ringkas dalam situasi apa kita boleh saman fitnah terhadap seseorang.

UNDANG-UNDANG SAMAN FITNAH

Saman fitnah ada 2 jenis iaitu:

Libel – bentuk tulisan atau gambar

Slander – secara lisan

Jadi kalau dalam situasi antara Caprice dan MYDIN ini boleh jatuh bawah jenis libel sebab dalam bentuk tulisan.

Di Malaysia, selain kes-kes terdahulu, kita juga ada Akta Fitnah 1957 yang dijadikan panduan dan asas dalam memulakan saman fitnah.

Pihak yang ingin saman (Plaintif) kena buktikan 3 perkara iaitu:

1. Perkataan yang dikatakan fitnah tersebut merujuk kepada Plaintif;

2. Perkataan yang dikatakan fitnah tersebut bersifat fitnah;

3. Perkataan tersebut diterbitkan atau disebarkan kepada orang lain.

Dalam penulisan kali ini, saya akan fokuskan kepada perkara kedua iaitu sama ada perkataan tersebut bersifat fitnah.

SAMA ADA PERKATAAN TERSEBUT BERSIFAT FITNAH

Sekiranya perkataan-perkataan tersebut boleh menyebabkan reputasi Plaintif jatuh di hadapan umum atau mendedahkan Plaintif kepada kebencian masyarakat, maka perkataan-perkataan tersebut boleh dianggap sebagai memfitnah.

Adakah bila kita baca perkataan-perkataan tersebut, kita akan terfikir bahawa Plaintif adalah seorang yang tidak berintegriti atau mempunyai motif yang jahat? Kalau ya, maka perkataan-perkataan tersebut boleh dianggap sebagai memfitnah.

Contoh pertama:

Dalam posting seorang kawan, dia cakap kita adalah seorang “penipu”. Jadi, bila orang lain baca posting tersebut, mereka akan mempunyai anggapan terhadap kita bahawa kita adalah seorang yang tidak jujur dan tidak bercakap benar. Maka ini adalah satu fitnah.

Contoh kedua (kisah benar):

Seorang ahli politik memanggil rakan politiknya sebagai “katak politik” dan “katak” kerana sering bertukar-tukar parti politik. Mahkamah putuskan bahawa panggilan tersebut hanyalah sebagai label yang merujuk kepada perbuatan seorang ahli politik yang melompat ke parti lain. Maka, panggilan tersebut bukanlah satu fitnah.

Kena ingat, di Malaysia kita tak ada saman malu. Yang kita ada saman fitnah sahaja. Kalau kena fitnah, automatik kita akan mendapat malu. Tapi kalau kita dimalukan, tak semestinya itu adalah fitnah.

APA NAK BUAT KALAU KITA MEMANG KENA FITNAH?

Pertama, kita kena lantik peguam untuk keluarkan Notis Cease and Desist kepada orang yang buat fitnah. Biasanya dalam Notis ini, kita akan tuntut dia supaya padam posting fitnah tersebut dan buat permohonan maaf. Boleh juga kalau nak tuntut gantirugi.

Tapi kalau orang tersebut enggan ikut apa yang dinyatakan dalam Notis Cease and Desist tersebut, maka kita boleh teruskan untuk saman di mahkamah.

Berbalik kepada kes Caprice dan MYDIN, saya percaya anda semua boleh buat kesimpulan masing-masing berdasarkan penerangan di atas.

Saya boleh faham kalau Caprice terasa dengan tweet tersebut tapi bagi saya secara peribadi, tweet tersebut sekadar sindiran dan perli. (But I can be wrong about this though).

Ala kalau kita kena perli dengan kawan pun, mesti kita bengang juga kan? So normal je reaksi Caprice tu. Dia memang ada hak pun kalau nak ambil tindakan undang-undang dan MYDIN pun ada hak untuk mempertahankan diri. Lebih-lebih lagi kedua-dua pihak adalah nama besar dan dikenali ramai.

Jadi, setakat itu saja di sini.

Harap korang dapat faham sedikit sebanyak berkenaan saman fitnah.

Macam biasa, ini hanyalah sekadar pandangan peribadi saya dan bukannya nasihat guaman.

(Visited 1,154 times, 1 visits today)
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x