Skip to content

WHATSAPP DAN BUKTI DI MAHKAMAH (BAHAGIAN 2) (DENGAN GAMBAR)

WHATSAPP DAN BUKTI DI MAHKAMAH (BAHAGIAN 2/2) (DENGAN GAMBAR)

“KALAU WHATSAPP BOLEH GUNA SEBAGAI BUKTI, SAYA NAK KENA SCREENSHOT YANG MANA? CUKUP KE SEKADAR SCREENSHOT BAHAGIAN MESEJ SAHAJA?”.

Sebelum ini saya sudah kongsikan pemahaman asas sama ada perbualan whatsapp boleh mewujudkan satu kontrak atau tidak, dijadikan bukti di dalam tuntutan di Mahkamah.

NAMUN, ketahuilah bahawa kaedah bagi memasukkan Screenshot Whatsapp sebagai bukti di Mahkamah bukanlah secara semborono sahaja. Bukan print Screenshot, gunting bentuk bunga dan tampal di dalam kertas A4 dan tulis di dalam lukisan awan “Whatsapp Saya”.

Tiap apa juga bukti yang hendaklah dirujuk dan digunapakai di dalam sesuatu kes adalah secara amnya tertakluk di bawah Akta Keterangan 1950, Kaedah Mahkamah 2012 dan kes-kes yang secara spesifik menerangkan kaedahnya.

“Kalau whatsapp boleh guna sebagai bukti, saya nak kena screenshot yang mana? Cukup ke sekadar screenshot bahagian mesej sahaja?”

A. Untuk pemahaman kepada masyarakat awam yang bukan berlatarbelakangkan perundangan, jika soalan asasnya adalah sama ada Screenshot Whatsapp boleh digunapakai sebagai bukti di Mahkamah, jawapannnya ya.

B. NAMUN, sesuatu screenshot Whatsapp yang hendak digunapakai sebagai bukti di mahkamah hendaklah antara lain memenuhi kriteria sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Mohamad Azhar Abdul Halim v. Naza Motor Trading Sdn Bhd [2017] 1 ILR 292:-

i. Screenshot yang mendedahkan nama penghantar;

ii. Screenshot yang menyatakan tarikh dan masa perbualan tersebut berlaku;

iii. Nombor telefon penghantar (pihak satu lagi); dan

iv. Gambar Profil penghantar (pihak satu lagi).

(saya yakin, saya tidak perlu menerangkan lebih lanjut tentang ketetapan 90A, isu certificate, isu relevancy dsb, memandangkan tulisan ini hanyalah sekadar penerangan ringkas kepada orang awam semata-mata),

C. Sekiranya, kriteria yang dinyatakan di atas tidak dipenuhi, ianya akan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan ketulenen (authentic), kemungkinan screenshot tersebut telah dimanipulasi, dianggap tidak boleh dipercayai dan/atau tidak mempunyai value di Mahkamah bagi menyokong kes anda. Saya rasa Tuan Puan pun sedar berapa banyak apps yang ada di luar sana untuk kita ”reka” perbualan Whatsapp.

D. Oleh itu, bagi memenuhi kehendak yang dinyatakan di dalam Kes Mohamad Azhar Abdul Halim v Naza Motor Trading Sdn Bhd [2017] 1 ILR 292, sila rujuk langkah-langkah dan gambar yang telah disertakan;-

LANGKAH 1.

Klik pada applikasi Whatsapp, tekan Whatsapp Conversation yang hendak dirujuk. Screenshot bahagian mesej yang hendak dirujuk yang ada menunjukkan masa dan juga tarikh.

LANGKAH 2

Klik pada nama penghantar, dan Sceenshot gambar pihak penghantar mesej

LANGKAH 3

Scroll ke bawah dan Screenshot nombor penghantar

LANGKAH 4 (Langkah Tambahan)

Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua mesej yang berada di dalam conversation tersebut disimpan dalam bentuk word dan sebenarnya lebih teratur.

Langkah 4.1

Klik Option (di bahagian kanan), klik “More”

Langkah 4.2

Klik “export chat”,

Langkah 4.3

Klik “Include Media” atau “without media”, yang ini bergantung jika, hendak save sama gambar atau tidak. Pilih email dan/atau apa jua pilihan yang dikendaki.

Langkah 4.4

Sekiranya memiilih “yahoo.mail”, masukkan email yang anda hendak terima dokumen chat tersebut, tunggu dalam 5-10 minit (bergantung kepada kelajuan internet Malaysia..eh)

Langkah 4.5

Tekan inbox email (sekiranya memilih email untuk export chat) dan klik kepada tajuk “Whatsapp Chat with ……”.

Langkah 4.6

Klik pada dokumen .txt yang di attachkan

Langkah 4.7

Print dokumen .txt tersebut. Di dalam txt tersebut mengandungi mesej penuh, termasuk tarikh, waktu, nama pengirim, penerima dan gambar yang boleh dirujuk secara bersilang dengan whatsapps tersebut.

SELINGAN: SELAIN DARIPADA UNTUK TUJUAN PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH, LANGKAH 4 INI JUGA BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK MENYIASAT SECARA PENUH SETIAP BAIT TULISAN, SAJAK, PUISI, DAN KATA-KATA PASANGAN ANDA YANG TERCINTA DENGAN PIHAK LAIN…EH”

E. Berbalik kepada tujuan utama, kaedah Screenshot di atas, bukan sahaja semata mata untuk memastikan ianya boleh digunapakai sebagai bukti di Mahkamah.

F. Saya yakin dan percaya ia memudahkan kerja susunan dokumen kepada pihak Peguam anda, bukan sahaja untuk tujuan perbicaraan semata-mata, malah dari proses mula iaitu semasa pertemuan pertama client dan peguam semasa mendapatkan khidmat nasihat lagi.

Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan baik kita semua.“Di dalam membantu, tiada lain yang diminta melainkan redha Allah yang satu”

Sekian.

(Visited 2,705 times, 1 visits today)
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
14 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Asy-Syaukani
Asy-Syaukani
2 years ago

Salam Tuan
Nak bertanya kalau untuk keluarkan saman terhadap penghutang perlu ke number kad pengenalan penghutang?kalau tiada detail kad pengenalan adakah pemiutang tidak boleh meneruskan prosedur untuk saman ke atas penghutang ?

Dilla
Dilla
2 years ago

Assalamualaikum tuan , jika ada buat polis cover report atas nama pelaku dan pihak yg menuntut meminta ganti rugi sekian jumlah dan pelaku tak bayar ganti rugi yang telah dituntut seperti yang dijanji untuk bayar ia di anggap hutang dan boleh ke teruskan tuntutan pd pelaku sampai tahap failkn kes saman atau kluarkn waran tangkap ?

ANDINURR
ANDINURR
1 year ago

Assalamualaikum tuan, bagaimana hendak tuntut hutang kepada syarikat swasta? kami telah melakukan penyelenggaran/pembaikan kenderaan mereka. Dalam surat Job Order harus dibuat. Bila job order sudah dibuat dan dimaklumkan kepada mereka, mereka kata job order tak perlu dibuat. Bila tarikh perjanjian pembayaran sudah tiba, mereka belum membuat sebarang pembayaran kepada pihak kami. Sudah 4 bulan pembayaran belum dilakukan. Hitam putih tiada hanya kami berpandukan pada whatsapp kerana office mereka jauh dari tempat kami. macam mana nak tuntut hutang itu?

Farhan
Farhan
1 year ago

Salam tuan, saya nak tanya penyataan seperti ini RM0 DEFENDAN! WARAN INGKAR. SATU (1) KES PEMIUTANG SIVIL TUNTUTAN BAYARAN GANTI RUGI TELAH DIJALANKAN DAN SEKIRANYA GAGAL, WARAN BAKAL DIKELUARKAN N TIDAK TERHAD KEPADA PEMBEKUAN AKAUN SERTA SITA BERKUATKUASA SERTA MERTA. UNTUK RUNDINGAN. 0389662825 WAKIL GUAMAN.(RUJ : WSS/K190199)… adakah ini benar atau scammer..

Rabiatul
Rabiatul
1 year ago

Sme dgn sy jgk

Zulkarnain
Zulkarnain
11 months ago

Salam tuan. Macam mana kalau whatassp tu telah di padam sblm sempat di screen shoot. Boleh tak dapatkan perintah mahkamah utk mendapatkan semula semua perbualan

14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x